Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat

Updated: Jun 22, 2021

Perkongisan pengalaman penulis selama 10 tahun dalam industri emas dan amat sesuai dengan naluri seorang penyimpan emas.



"Setuju dengan pendapat penulis yang menyatakan buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah hadam dan santai. Tidak memberatkan buku-buku ini dengan fakta atau mana-mana kajian mengenai emas".

Bab 1


Untuk permulaan, penulis menceritakan 1 peristiwa atau kisah yang menyebabkan penulis tergerak untuk menyimpan emas. Selain itu juga, penulis menyelitkan sedikit mengenai sejarah emas dan mata wang yang berlaku di luar negara dan juga di Malaysia. Menurut penulis, sekiranya anda ingin menjadi kaya, anda perlu memupuk tabiat orang kaya iaitu mengumpul harta. Berbeza dengan orang kebanyakkan yang kepuasaannya adalah dengan berbelanja. Antara faktor anda perlu menyimpan emas adalah 1) forgotten saving, 2) nilai jangka masa panjang yang lebih terjamin, 3) kekayaan milik anda 100%


Bab 2


Seterusnya, bab 2 adalah berfokuskan kepada fungsi emas dalam pengurusan kewangan anda. 10 fungsi emas yang dinyatakan oleh penulis dalam bab ini ada terkaitan antara satu sama lain. Sama ada anda seorang peniaga, penjawat awam atau swasta, bekerja sendiri mahupun jutawan semua fungsi emas ini sesuai untuk anda. 10 fungsi emas tersebut adalah 1)forgotten saving, 2) dana kecemasan, 3) elak kebocoran wang, 4) simpanan jangka masa panjang, 5) backup belanja hangus, 6) modal pusingan bisnes, 7) penyelamat kejatuhan mata wang, 8) duit ketika gawat, 9) duit antarabangsa dan 10) penyelamat ketika bankrap


Bab 3


Bagaimana anda boleh menggunakan emas? Penulis merujuk kepada seorang ulama Sheikh Imran Hossein, menyatakan untuk mengembalikan fungsi emas sebagai medium transaksi, perlu bermula dengan mendidik masyarakat untuk menyimpan emas. Kini ramai golongan bakal pengantin yang semakin terbuka untuk menggunakan emas sebagai wang hantaran atau mas kahwin. Penulis menyatakan pendapat beliau, sekiranya ada rakan-rakan anda yang mahu meminjam wang, pinjamkan emas kepada rakan tersebut bagi mengelakkan kerugian nilai.


Bab 4


Saya sebagai pembaca paling berminat dengan bab ini kerana ia merupakan masalah utama kenapa masih ramai orang di luar sana yang masih belum terbuka hati untuk menjadikan emas sebagai simpanan. Oleh kerana itu, penulis menghuraikan bab ini dengan panjang lebar agar masyarakat di luar sana benar-benar jelas. Apa posisi anda apabila terlibat dengan emas? 1)Penyimpan atau 2) Pelabur atau 3) Peniaga? Sekiranya anda faham dengan jelas 3 posisi ini, 1) anda tidak akan terikut-ikut dengan objektif orang lain, 2) anda tahu apa yang perlu dibuat apabila harga emas jatuh dan 3) anda tidak akan menbuang masa dengan menunggu harga emas jatuh. Sama ada harga emas naik atau turun anda akan tetap tersenyum sekiranya anda tahu diri anda di posisi yang mana.


Bab 5


Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam industri emas, penulis menyenaraikan kriteria-kriteria emas pilihan yang sesuai digunakan untuk simpanan jangka masa panjang. Selain itu juga, penulis menrangkan sebab-sebab emas perhiasan bukanlah produk yang tepat untuk dijadikan instrumen simpanan. Sekiranya, anda (puan-puan) masih berminat untuk menjadikan emas perhiasan sebagai instrumen simpanan, penulis turut memberi tips bagaimana memilih emas perhiasan yang bernilai tinggi. Akaun simpanan emas atau emas fizikal? Sebagai pilihan pertama anda perlulah memilih emas fizikal kerana ia mempunyai lebih banyak manfaat. Sekiranya wujud faktor yang menghalang anda dari memilih emas fizikal, pilih akaun simpanan emas yang bersandarkan kepada emas fizikal dan patuh syariah.



Bab 6


Bab ini adalah mengenai emas dan institusi Ar-Rahnu. Oleh kerana kurang kena dengan jiwa saya sebagai penyimpan emas maka saya menggunakan teknik speed reading untuk bab ini. Anda kena membaca buku ini sendiri sekirnaya berminat dengan topik ini.


Bab 7


Penulis mengucapkan tahniah kepada pembaca yang tiba pada bab yang terakhir ini. Untuk bab ini, penulis menyatakan bahawa posisi penyimpan emas akan tiba dulu di garisan penamat berbanding dengan pelabur emas oleh sebab-sebab yang pertama, memiliki emas yang banyak, kedua, duit simpanan tidak bocor apabila ditukarkan kepada emas, ketiga, harga purata setiap gram emas lebih rendah kerana konsisten membeli emas, dan terkahir sekali adalah untung dengan keniakan harga dalam masa panjang