Travelog Emas

Updated: Sep 20, 2021

Buku ini merupakan pengalaman penulis sendiri sebelum dan selepas beliau terlibat dalam pelaburan emas.


Tajuk Buku : Travelog Emas

Bilangan Halaman : 103

Penulis : Hafizul Hakim

Harga : RM20.00(tidak termasuk kos penghantaran)

Beli di : https://www.mphonline.com/en/home

Buku ini tidak hanya berkisar mengenai pelaburan emas ia turut mengupas kaedah pengurusan kewangan seperti teknik menabung dan melangsaikan hutang

Bab 1


Bab ini penulis mengupas mengenai pentingnya matlamat dalam simpanan. Matlamat beliau terinspirasi daripada seorang malim gunung di Gunung Kinabalu. Menurut beliau, tanpa matlamat yang jelas, kita tidak akan tahu ke mana hala tuju dan apa yang kita kehendaki dengan jelas. Dalam bab ini juga penulis mencatatkan matlamat kewangan pada setiap peringkat umur dari 20an sehingga 50an. Selain itu juga, penulis turut menerangkan formula bagaimana membuat pengiraan kelayakan membuat pinjaman perumahan.


Bab 2


Seterusnya, untuk bab 2 ini penulis mengupas mengenai pengurusan kewangan. Beliau berkongsi tips membeli kereta mampu milik, dana kecemasan 3 bulan gaji, 10 tanda kewangan sihat dan hiudp di bawah kemampuan. Dalam bab ini saya tertarik dengan penyakit “Nanti apa orang kata pulak”. Pembaca perlu berhati dalam mentafsir penyakit ini kerana menurut penulis tidak semua perkara boleh di selarikan dengan penyakit ini. Saya turut bersetuju!


Bab 3


Penulis berkongsi beberapa tips yang boleh digunapakai bagi pembaca memupuk tabiat menabung. Ada 3 tips yang dikongsikan oleh penulis iaitu 1) Tabung ekstrim, 2) RM780 setahun dan 3) tabung 52 minggu. Menurut penulis salah 1 daripada tips memupuk tabuat menabung ini mendapat sebanyak 25 000 perkongsian di alam muka buku. Dan yang terkahir sekali dalam bab ini penulis berkongsi teknik snowball dalam menyelesaikan masalah hutang.


Bab 4


Untuk bab yang terakhir ini, penulis menerangkan ilmu-ilmu asas dalam simpanan emas. Antaranya adalah posisi pembaca dalam pelaburan emas, kriteria-kriteria pilih pelaburan emas terbaik, emas sebagai wang hantaran, dana kecemasan dan dana menunaikan haji. Dalam bab ini juga penulis menulis beberapa fungsi Ar-Rahnu dan perbezaan di antara Ar-Rahnu dan kad kredit.