SOALAN WAJIB TANYA SEBELUM SIMPAN EMAS

Soalan-soalan berikut merupakan antara 4 soalan wajib yang perlu anda tanya sebelum membuat simpanan atau pelaburan emas kerana soalan-soalan berikut akan menentukan hala tuju dan pandangan anda terhadap emas.


1) Apakah objekif anda menyimpan emas?

Soalan ini perlu anda tanya pada diri anda sekiranya anda mula berminat untuk mula menyimpan emas. Sekiranya anda nak tahu, pelaburan dan emas ini memerlukan tempoh masa minimum sekurang-kurangnya 3 tahun untuk mendapatkan keuntungan yang jelas. Pelaburan dan simpanan emas ini tidak mempunyai dividen pada setiap tahun seperti ASB dan Tabung Haji. Sekiranya anda ingin mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat dan dividen pada setiap tahun emas bukanlah pelaburan yang sesuai untuk anda. Oleh yang demikian seringkali saya nyatakan untuk menyimpan dan melabur dalam emas anda perlu mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji di dalam ASB atau Tabung Haji. Antara contoh-contoh objektif yang boleh digunakan sekiranya anda berminat membuat pelaburan dan simpanan emas adalah :

  • Insurans kekayaan (melindungi nilai wang Ringgit yang semakin menyusut berbanding USD)

  • Mengelak dari kebocoran atau ketirisan perbelanjaan (gagal menyimpan wang)

  • Memenuhi matlamat kewangan jangka masa panjang (menunaikan Haji, pendidikan anak-anak, dana persaraan)

  • Dana perniagaan ketika kecemasan (tak memerlukan pinjaman dari pihak ketiga untuk menyelamatkan perniagaan)

2) Berapa lama nak simpan emas?

Seperti yang saya nyatakan di atas, tempoh masa minimum untuk membuat simpanan dan pelaburan emas adalah sekurang-kurangnya 3 tahun. Tetapi ingin saya nyatakan di sini, sekiranya anda seorang yang berilmu dan berpengalaman, anda boleh memanfaatkan institusi Ar-Rahnu untuk mendapatkan pinjaman kecemasan dengan menggadaikan emas untuk tempoh masa tertentu. Selalunya pihak Ar-Rahnu akan berbincang dengan pemilik emas mengenai perincian emas yang digadai dan sekiranya pemilik emas bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak Ar-Rahnu maka simpanan emas akan membantu anda untuk menghadapi situasi sukar.


Antara contoh-contoh jawapan yang boleh digunakan sekiranya anda berminat membuat pelaburan dan simpanan emas adalah :

  • Selagi hayat dikandung badan (harta yang mudah untuk diwariskan kepada generasi seterusnya)

  • Sehingga anak mencecah umur 18 tahun (boleh digunakan untuk membantu anak-anak menyambung pelajaran tanpa meminjam)

  • Mendapat panggilan untuk menunaikan Haji

  • Sehingga tahun tertentu (mempunyai target tahun yang ingin disimpan, ada event tertentu yang memerlukan anda untuk menjual emas, contoh perkahwinan anak)

  • Sehingga emas mencapai harga emas tertentu (apabila melebihi daripada benchmark harga contohnya RM400 segram)

3)Apakah produk yang paling sesuai dengan anda?

Jawapan bagi persoalan ini adalah bergantung kepada keadaan semasa tahap kewangan anda. Sama ada anda seorang yang mempunyai modal yang besar, atau anda seorang yang berpendapaan tetap atau anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Semua orang sesuai untuk menyimpan dan membuat pelaburan emas sekiranya anda memahami 2 persoalan dan jawapan di atas dengan jelas.

  • Emas fizikal adalah produk yang sesuai untuk semua golongan yang saya nyatakan di atas. Ini kerana emas fizikal mempunyai berat yang berbeza-beza. Di mana seperti mana yang kita sedia maklum berat emas akan mempengaruhi harganya. Oleh yang demikian, yang membezakan antara 3 golongan di atas adalah berat emas yang akan di beli. Semakin besar modal yang anda ada semakin berat emas yang boleh anda beli. Sesuai dengan modal yang ada pada anda.

  • Akaun simpanan emas adalah produk yang sesuai kepada mereka yang berpendapatan tetap dan tidak berpendapatan tetap. Dengan akaun simpanan emas anda boleh membeli emas serendah RM100. Dengan harga serendah ini ramai orang mampu untuk membeli emas untuk dijadikan simpanan. Akaun simpanan emas tidak menetapkan berapa berat emas yang anda perlu beli setiap bulan, ia bertindak seperti tabung simpanan. Menjadi kewajipan untuk anda membeli dan membuat simpanan emas pada setiap bulan. Ia bergantung bagaimana anda menguruskan perbelanjaan anda pada setiap bulan. Semakin banyak yang anda simpan, semakin dekat anda dengan target simpanan.

  • Emas perhiasan atau lebih dikenali sebagai barang kemas. Sekiranya anda seorang wanita dan gemar pada barang perhiasan maka barang kemas adalah produk emas yang sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati dalam memiliha barang kemas. Bukan semua barang kemas akan memberi keuntungan kepada anda. Oleh yang demikian anda perlu mahir dengan teknik memilih barang kemas. Yang pertama ada perlu memilih emas perhiasan yang tebal (tahan lasak) dan yang kedua pilihlah barang kemas yang lebih banyak emas kuning berbanding emas putih.

4) Adakah saya boleh tidur dengan lena?

Beli produk emas dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Kemudian anda perlu tanya soalan di atas pada diri anda. Adakah anda selesa dengan dengan pembelian emas tersebut. Perkataan selesa yang saya gunakan sebenarnya adalah merujuk kepada perkataan selamat. Anda takut sekiranya emas yang telah anda beli hilang menyebabkan anda tidak dapat tidur dengan lena. Dalam keadaan ini ada 2 alternatif penyelesaian sekiranya berlaku masalah ini dalam diri anda. Yang pertama anda boleh menyewa safe deposit box di mana-mana cawangan bank atau syarika yang menawarkan khidmat tersebut. Yang keduanya adalah pilih produk yang tidak memerlukan anda untuk memegang emas fizikal seperti akaun simpanan emas yang bersandar pada emas fizikal (patuh syariah). Di mana akaun simpanan emas, Public Gold tidak mengenakan apa-apa bayaran tambahan untuk upah simpanan emas anda dan di sini anda akan berasa lebih selamat dan tenteram apabila membeli emas.