Soalan Lazim Mengenai Public Gold

Updated: Sep 17, 2021

oalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh orang awam mengenai Public Gold secara umum.


Public Gold dengan Public Bank sama ke?

Public Gold dan Public Bank adalah dua buah entiti yang berbeza. Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual emas manakala Public Bank pula adalah sebuah bank komersial. Jadi nak buka akaun Public Gold tak perlu buka akaun Public Bank.


Selamat atau tidak untuk buat simpanan dan pelaburan emas dengan Public Gold?

Dari segi keselamatan, satu maklumat yang tidak diketahui oleh orang awam adalah Public Gold merupakan satu-satunya syarikat berstatus kedai emas yang mempunyai khidmat kawalan keselamatan oleh polis bantuan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Public Gold menempatkan seorang polis bantuan di setiap cawangan.


Selain keselamatan urusan jual beli, Public Gold juga amat menitikberat soal keselamatan emas dalam simpanan sama ada milik syarikat dan pelanggan. Semua simpanan emas Public Gold ditempatkan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.


Bagi emas di dalam akaun GAP pula, Public Gold melindungi simpanan emas para pelanggan dengan insurans bernilai RM15 juta. Insurans tersebut dikeluarkan oleh Lonpac Insurance Berhad dan jumlah insurans akan ditambah bergantung kepada simpanan emas para pelanggan.



Adakah akaun GAP Public Gold dilindungi PIDM?

PIDM hanya melindungi produk-produk tertentu sahaja. Antara produk-produk yang dilindungi PIDM adalah akaun simpanan dan akaun semasa. Bagi produk-produk pelaburan emas yang ditawarkan oleh mana-mana bank komersial ianya tidak dilindungi oleh PIDM. Bagi pelanggan Public Gold, semua emas di simpan di Public Safe, yang terletak di Public Gold cawangan Relau, Pulau Pinang. Layari maklumat lanjut mengenai PIDM di https://www.pidm.gov.my/bm/for-public/deposit-insurance-system-dis/coverage-for-dis/


Public Safe merupakan anak syarikat Public Gold. Semua emas yang disimpan di Public Safe diinsuranskan oleh Lonpac Insurance Berhad. Public Safe akan diaudit sekerap 4 bulan sekali untuk memastikan jumlah simpanan emas akaun GAP para pelanggan sama dengan jumlah simpanan emas di dalam Public Safe. Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada syarikat, para pelanggan boleh menuntut simpanan emas mereka di Public Safe. Baca maklumat lanjut mengenai Public Safe di http://www.publicsafe.com.my/



Adakah margin beza harga beli dan jual Public Gold akan kekal 6% - 9%?

Ya. Berdasarkan kepada keadaan politik dan sosial yang normal di Malaysia, margin beza harga jual dan beli Public Gold akan kekal 6% hingga 9%. Margin beza harga jual dan beli Public Gold akan berubah dan disesuaikan sekiranya berlaku perubahan pasaran yang ekstrim, seperti situasi krisis kegawatan kewangan dan ekonomi yang kritikal, pergolakan politik, sosial dan juga peperangan.


Adakah emas Public Gold di jamin ketulenannya?

Sekiranya emas yang diperolehi adalah daripada mana-mana cawangan Public Gold ianya dijamin dari segi ketulenannya. Sekiranya emas tersebut diperoleh daripada orang persendirian, pastikan emas tersebut hadir dengan sijil ketulenan yang telah ditandatangani oleh penentu tulen (assayer). Produk Public Gold hadir dalam 2 kategori iaitu buatan Malaysia dan buatan Turki. Bagi semua produk buatan Malaysia ia ditandatangani oleh Encik Abdul Shukor Anuar manakala produk yang dikilangkan di Turki berstatus LBMA (London Bullion Market Association) ditandatangani oleh penentu tulen emas yang disahkan oleh Nadir Metal Rafineri.



Mana yang lebih baik beli untuk membeli jongkong atau dinar emas? Kedai emas atau Public Gold?

Apabila membeli emas, pastikan emas tersebut akan diperolehi oleh pembeli. Selain daripada itu ada beberapa kriteria lain yang perlu dipastikan oleh pembeli, sekiranya bakal pembeli tidak mahu berdepan masalah dan kerugian ketika menjual emas tersebut semula. Kriteria-kriteria yang perlu dipastikan oleh bakal pembeli boleh baca di sini. Berdasarkan pada pengalaman dan testimoni yang pernah di terima oleh penulis, Public Gold adalah destinasi terbaik untuk berurusniaga mengenai jongkong dan dinar emas bagi tujuan pelaburan.