#SembangSembangASNB sempena #MingguSahamDigital

Updated: Oct 1, 2021

Program bual bicara yang menjemput Tuan Syukor Hashim sebagai tetamu undangan.


EMAS MERUPAKAN INSURANS KEKAYAAN

Jadikan emas sebagai insurans kewangan anda. Tidak semua wang perlu ditukarkan dalam bentuk emas. Cukup sekadar 10% atau 1/10 daripada wang simpanan ditukarkan kepada bentuk emas.


ILMU KEWANGAN

Anda perlu ada ilmu kewangan. Dengan ilmu kewangan yang baik, ia mampu menyusun pengurusan kewangan anda dengan lebih berkesan. Anda perlu ada liquid cash (dana kecemasan). Pakar kewangan menyarankan antara 3 sehingga 6 bulan gaji dan ada pakar kewangan yang mecadangkan sehingga setahun gaji!


TAKUT HILANG

Pastikan langkah pertama anda menceburi pelaburan emas adalah pastikan anda membeli emas fizikal. Sekiranya anda takut berlaku kehilangan emas fizikal tersebut, buat pelaburan dalam bentuk akaun simpanan emas yang sudah pasti kepatuhan syariahnya di jamin.


SALAH FAHAM TENTANG EMAS

Pelaburan emas tidak mempunyai dividen, pulangan bulanan, pulangan tahunan dan juga bonus. Emas hanya memberi keuntungan dari segi kenaikan harga emas tersebut. Sekiranya ada syarikat atau individu yang menjanjikan bulan dan bintang (bonus dan dividen) itu adalah scam.


LABUR BESAR UNTUK KEUNTUNGAN YANG LEBIH BESAR

Pakar kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali menyatakan untuk mendapat keuntungan yang besar, anda perlu melabur dengan jumlah yang besar atau banyak.


Situasi 1 : anda beli emas 1000 gram, harga emas naik sebanyak RM100 pergram, maka 1000 gram darab RM100 keuntungan anda adalah RM100 000.


Situasi 2 : anda beli emas 1 gram, harga emas naik sebanyak RM100 pergram, maka 1 gram darab RM100 keuntungan anda adalah RM100.


Dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mulakan simpanan emas kerana ia dalam trend menaik.


MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN DENGAN PELABURAN

Yang penting perlu ada ilmu. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan. Tiada instrumen pelaburan yang serba-serbi hebat. Sekiranya anda berminat dengan saham, pastikan ilmu saham anda tinggi. Sekiranya anda berminat dengan pelaburan emas, pastikan ilmu anda tetang emas tinggi. Sebagai contoh, emas perhiasan tidak sesuai dijadikan pelaburan. Jangan salah beli produk pelaburan


KOS PENYIMPANAN EMAS

Untuk simpanan emas di bawah 100 gram boleh simpan secara peribadi. Tetapi sekiranya anda risau dan emas pelaburan anda sudah melebihi 500 gram, 1000 gram boleh sewa safe deposit box sekitar RM200 – RM300 setahun. Untuk akaun simpanan emas pula, Public Gold menawarkan simpanan percuma, tiada kos simpanan tersembunyi seperti beberapa syarikat yang lain. Sedikit homework untuk anda



HEDGING AGAINST INFLATION

Inflasi berlaku pada setiap tahun. Emas adalah alat yang paling ampuh dalam menangani masalah inflasi. Oelh yang demikian, untuk mengekalkan kuasa beli tukarkan sebahagian wang simpanan anda kepada simpanan emas.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN HARGA EMAS NAIK

a. Faktor inflasi

b.Data ekonomi world superpower – US Government

c. Faktor kestabilan politik sesuatu negara


KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH

Anda perlu konsisten dalam pelaburan yang anda ceburi. Rule of thumb dalam setiap pelaburan adalah konsisten. Dengan tindakan yang konsisten anda akan memaksimakan keuntungan


CARA MENGELAKKAN SCAMMER

Pastikan diri anda lebih bijak daripada scammer! Bak kata pepatah, pelanduk selalu lupakan jerat, jerat tak pernah lupakan pelanduk. Jangan percaya janji-janji manis yang too good to be true


TREND ILMU EMAS RAKYAT MALAYSIA

Ilmu emas dalam rakyat Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Golongan yang paling ramai mula menjadikan emas sebagai simpanan adalah orang muda sekitar usia penuntut universiti. Tidak ketinggalan juga golongan 30an sehingga 50an.


SARANAN TUAN SYUKOR HASHIM

Diversify (pelbagaikan) pelaburan anda. Gunakan setiap pelaburan untuk capai financial objective (matlamat kewangan)