Mengapa Harga Emas Meningkat Setiap Tahun?

Updated: Jun 22, 2021

Berapa banyak biji emas yang diekstrak daripada aktiviti cari gali setiap tan tanah?


Pada tahun 1973, purata bijih emas yang dihasilkan adalah sekitar 11 gram untuk setiap 1000kg tanah.


Pada tahun 1993, purata bijih emas yang dihasilkan adalah sekitar 6 gram untuk setiap 1000kg tanah.


Pada tahun 2003, purata bijih emas yang dihasilkan adalah sekitar 4 gram untuk setiap 1000kg tanah.


Pada tahun 2013, purata bijih emas yang dihasilkan adalah sekitar 2 gram untuk setiap 1000kg tanah.



Ini bermakna, berlaku kemerosotan berterusan terhadap hasil lombong emas milik syarikat cari gali. Oleh yang demikian, syarikat perlu mengeluarkan kos yang lebih bagi memenuhi permintaan yang tinggi untuk mengekalkan kuantiti pengeluaran emas setiap tahun.


Apabila kos yang dikeluarkan oleh syarikat meningkat, harga emas secara tidak lansung turut akan terkesan dengan kos yang dikeluarkan syarikat. Antara kos-kos yang perlu dikeluarkan syarikat adalah kos gaji pekerja, jentera-jentera dan mesin-mesin yang digunakan, pemulihan alam sekitar yang perlu dilakukan dan lain-lain.


Apabila permintaan dan kos pengeluaran semakin meningkat, penghasilan kuantiti emas pula semakin berkurangan ini menyebabkan harga emas semakin meningkat setiap tahun.