Rahsia Usahawan Emas Teknik dan Strategi Dibongkarkan

Updated: Sep 20, 2021

Merupakan buku wajib baca sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang dealer emas yang berjaya


Tajuk Buku : Rahsia Usahawan Emas Teknik dan Strategi Dibongkarkan

Bilangan Halaman : 194

Penulis : Syukor Hashim

Harga : RM50.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Beli di : https://pgmall.my/home


"Terjemahan dari pengalaman penulis yang berkisarkan kepada pengalaman beliau dalam membimbing penyimpan, pelabur dan usahawan-usahawan Public Gold".

Fasa - Learning.


Fasa ini merupakan fasa peertama yang harus dilalui oleh setiap usahawan Public Gold. Pada permulaan ini penulis menyarankan tentang kepentingan mempunyai mentor dalam bisnes keranan ilmu daripada mentor itu akan menjadi panduan untu anda berjaya. Yang kedua adalah kepentingan mempunyai mindset dan bagaimana membina mindset yang positif. Penulis turrut menyarankan usahawan-usahawan baru Public Gold untuk menyertai seminar, lawatan, training dan meting yang dianjurkan oleh pihak Public Gold.


Fasa - Growing & Earning.


Seharusnya untuk menjadi usahawan yang berjay, anda perlu mempunyai target. Dalam bab ini, penulis menunjukkan 3 graf bagaimana bisnes bersama Public Gold akan berkembang, 1)secara linear, 2)exponential dan 3) mendatar dan exponential. Menurut penulis, kebanyakkan bisnes usahawan Public Gold akan berkembang graf yang ketiga iaitu mendatar dan exponential dimana untuk satu jangka masa yang panjang (2 tahun) bisnes berkembang secara perlahan dan kelihatan seperti tiada peningkatan. Jadi anda perlu banyak bersabar dan kuat semangat (saya tambah sendiri)


Fasa – Membina pasukan


Menurut penulis, usahawan Public Gold akan mula membina pasukan apabila ada 500 frontline. Penulis menyatakan kepentinganmembina pasukan adalah pasukan anda akan membina bisnes dengan lebih pesat dan menjanan pendapatan pasif dengan lebih aktif. Ini akan membolehkan bisnes anda mendapat pendapatan yang lebih stabil dan berkembang dengan baik. Tips membina pasukan adalah dengan mengenalpasti usahawan-usahawan yang aktif untuk diberikan tumpuan.


Kemahiran


Dalam topik ini penulis menyatakan tujuan utama dalam mengasah kemahiran adalah untuk 1) membina hubungan, 2) membina kepercayaan, 3) mengekalkan kepercayaan. Menurut penulis lagi belajar sahaja tidak mencukupi, unutk berjaya anda perlu menjadi mahir dalam kemahiran tersebut. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah 1)prospecting, 2)contacting & inviting, 3)show the plan, 4) follow up & follow up through, 5) closing & servicing, 6) handling rejection, 7)kemahiran menulis dan 8) presentation


Alat


Dengan menggunakan alat ynag baik ia mampu melonjakkan bisnes anda. Tanpa alat yang baik, adalah sukar untuk anda menjalankan bisnes dengan pantas. Antara alat yang boleh digunakan adalah media sosial, blog, laporan percuma, dan membuka booth atau gerai jualan. Setiap alat ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.


Membina Empayar Bisnes


Dalam topik ini penulis menerangkan tentang panduan dalam membina empayar sendiri. Yang pertama, mindset, cari jawapan kepada “Kenapa anda nak berjaya dengan Publiv Gold?”. Yang kedua, cari kemahiran yang diperlukan seperti prospecting, follow-up, danhandling rejection. Yang ketiga, kena perbanyakkan sabar kerana banyak biawak (penulis merujuk kepada perkara-perkara negatif) akan datang. Keempat, pengurusan masa dalam menjalan bisnes. Di mana anda boleh menggunakan kaedah time block untuk kenalpasti dan membuat aktiviti yang anda perlu buat untuk mengembangkan bisnes.