top of page

Public Gold Pilihan Utama Anda

Updated: Jun 22, 2021

Kenapa anda perlu memilih Public Gold sebagai pilihan utama anda dalam membuat simpanan dan pelaburan emas.


SYARIKAT YANG STABIL

Public Gold telah memulakan operasinya sejak tahun 2008. Kini setelah memulakan operasinya pada 13 tahun yang lalu, syarikat tempatan berstatus "kedai emas" ini mempunyai hampir 500 000 pelanggan berdaftar. Pelanggan-pelanggan berdaftar ini terdiri daripada rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Public Gold sentiasa menambahbaik sistem pengoperasian untuk kepentingan para pelangganya. Sepanjang 13 tahun menjalankan operasi, Public Gold telah membuat jaringan kerjasama dengan pelbagai syarikat lain.



SISTEM JUAL BELI PATUH SYARIAH

Sistem jual beli yang dijalankan oleh Public Gold secara Outright Purchase dan syariah Easy Payment Purchase (EPP) terlebih dahulu mendapat pengiktirafan patuh syariah pada 16 Disember 2016. Seterusnya, Public Gold memperoleh pengiktirafan sepenuhnya patuh syariah apabila sistem jual beli Gold Accumation Program (GAP) disahkan sebagai patuh syariah pada 8 Februari 2017 oleh Amanie Global Islamic Finance Advisors yang diasaskan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar



MENGINTEGRASIKAN ILMU

Public Gold sering mengadakan seminar-seminar berkaitan simpanan dan pelaburan emas dengan menjemput individu-individu hebat sebagai pembentang kertas kerja. Public Gold mengadakan seminar ini adalah bertujuan untuk mendidik orang awam mengenai kepentingan membuat simpanan dan pelaburan emas. Sepanjang berlakunya penularan pandemik Covid-19, ceramah-ceramah berkaitan dijalankan adalah secara dalam talian dengan menjemput perunding-perunding aktif Public Gold sebagai penyampai.

URUSAN JUAL BELI TELUS DAN MESRA PELANGGAN

Sejak berlakunya penularan pandemik Covid-19, urusan jual beli emas yang digunapakai oleh Public Gold adalah 100% adalah dalam talian. Pengoperasian laman sesawang yang mesra memudahkan para pelanggan untuk melakukan transaksi jual beli dan pembayaran 24 jam 7 hari seminggu. Harga produk keluaran Public Gold untuk transaksi outright purchase dan easy payment purchase (EPP) dikemaskini setiap 20 minit. Manakala untuk transaksi Gold Accumulation Program (GAP) dikemaskini setiap 24 jam. Harga produk Public Gold adalah bergantung kepada harga pasaran emas dunia dimana ianya boleh disemak di laman sesawang https://www.kitco.com/ dan https://goldprice.org/. Ketelusan urusan jual beli Public Gold boleh dilihat apabila para pelanggan masih boleh membeli emas sekiranya harga pasaran emas dunia jatuh di luar waktu waktu bekerja.



CAWANGAN DI SELURUH NEGARA

Dengan mempunyai cawangan di setiap negeri kecuali di Perlis, ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Public Gold dalam memudahkan urusan para pelanggannya. Pelanggan dari utara tanah air tidak perlu untuk turun ke selatan dan begitu juga sebalik. Di kawasan Lembah Klang mempunyai 3 cawangan disebabkan oleh kepadatan penduduk dan permintaan yang tinggi. Pada tahun 2020, Public Gold turut melancarkan perkhidmatan Gold In Transit (GIT) dan Silver In Transit (SIT) yang diuruskan oleh 20 orang kakitangan khas di mana ia merupakan khidmat penghantaran emas berinsurans ke alamat yang ditetapkan oleh para pelanggan. Secara tidak lansung perkhidmatan ini memudahkan para pelanggan yang tinggal jauh dan tidak berkesempatan untuk ke cawangan bagi urusan mengambil produk.


bottom of page