top of page

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (Teknik-teknik Menjana Kekayaan dengan Emas)

Updated: Sep 20, 2021

Buku ini mengandungi 8 Bab dan ditulis dengan penuh terperinci oleh penulis sesuai dengan title yang dipegang beliau sebagai mentor pelaburan emas no. 1 di Malaysia.


Tajuk Buku : Menyingap Rahsia Pelaburan Emas (Teknik-teknik Menjana Kekayaan dengan Emas) Bilangan Halaman : 193 Penulis : Syukor Hashim Harga : RM50.00 (tidak termasuk kos penghantaran) Beli di : https://pgmall.my/home atau boleh berhubung sendiri dengan penulis buku untuk mendapatkan tanda tangan


"Buku ini sangat terperinci dan boleh dianggap sebagai buku rujukan atau buku teks pelaburan emas. Bahasa dan gaya penulisan beliau adalah straight to the point mengikut numbering".

Bab 1


Bab ini menerangkan mengenai mengapakah anda perlu menyimpan emas. Ada 6 sebab yang diterangkan dengan terperinci oleh penulis dalam bab ini. 1) emas sebagai kekayaan sebenar, 2) harga emas meningkat untuk jangka masa panjang, 3) emas mengekalkan kuasa beli, 4) nilai wang kertas jatuh untuk jangka masa panjang, 5) emas adalah aset yang sangat cair dan 6)emas tidak boleh dimanipulasikan.


Bab 2


Bab ini merupakan bab paling panjang dalam buku ini. Ditulis dengan 76 halaman dan sangat lengkap mengenai keseluruhan institusi yang mendagangkan emas. Terbahagi kepada 2 jenis pelaburan emas iaitu 1) emas fizikal dan 2) akaun simpanan emas. Apabila membaca bab ini anda akan berasa yakin bahawa penulis telah membuat kajian dengan sedalam-dalamnya mengenai setiap pelaburan emas tersebut. Penulis juga menerangkan setiap kebaikan dan keburukan yang wujud pada setiap institusi yang disenaraikan.


Bab 3


Bab ini adalah penerangan penulis mengenai faktor-faktor yang perlu difikirkan oleh pembaca sebelum membuat pelaburan emas. Ada 5 faktor yang dinyatakan penulis. 1) nilai spread, 2) harga emas per gram, 3) kesediaan stok, 4) boleh digadaikan atau tidak di Ar-Rahnu dan 5) adakah emas tersebut boleh dijual semua sekiranya ada kecacatan pada emas tersebut.


Bab 4


Dalam bab ini penulis menulis mengenai harga emas di Malaysia dan di dunia. Penulis menyatakan bahawa emas merupakan barang dagangan yang tidak di kawal di Malaysia. Ini bermakna penjual emas bebas menetapkan harga jualan emas. Penulis juga menulis mengenai harga spot, bagaimana mengira harga premium, dan kemahiran menganalisis harga emas dan di mana anda boleh mendapatkan ilmu menganalisis harga emas ini.


Bab 5


Tetapkan posisi anda apabila terlibat dalam pelaburan emas. Ada 3 posisi dalam pelaburan emas 1) penyimpan, 2) pelabur dan 3) penjual atau pedagang emas. Apabila anda menetapkan di mana posisi anda apabila terlibat dalam pelaburan emas maka anda akan tidak terikut-ikut dengan rentak sebahagian individu yang berbeza posisi dengan anda. Dalam bab ini juga penulis menyatakan mengenai ilmu analisis teknikal dan ilmu analisi fundamental.


Bab 6


Merupakan bab kedua terpanjang selepas bab 2. Ditulis sebanyak 21 halaman mengenai bagaimana anda menjana keuntungan dengan pelaburan emas. Dalam bab ini penulis sebagai mentor pelaburan emas mencadang beberapa teknik yang boleh anda ikut. Ada 6 teknik yang disingkap oleh penulis iaitu 1) beli emas fizika sebagai aset, 2) beli emas harga rendah dan jual pada harga tinggi, 3) buat pinjaman beli emas fizikal, 4) menjana keuntungan melalaui akau simpanan emas, 5) membuat keuntungan dengan emas fizikal, dan 6) melabur sambil berniaga emas.


Bab 7


Bab ini diterangkan secara khusus oleh penulis mengenai pajak gadai Islam atau lebioh dikenali sebagai Ar-Rahnu. Penulis menyatakan mengenai selok belok Ar-Rahnu, teknik overlap dan beberapa keistimewaan Ar-Rahnu. Di sini pembaca akan mulai sedar bahawa emas akan membantu penyimpannya apabila berlakunya kecemasan.


Bab 8


Dalam bab ini adalah mengenai bacaan tambahan yang boleh dilakukan oleh pembaca. Penulis turut mengesyorkan buku-buku pelaburan emas yang boleh di beli melalui amazon. Dalam bab akhir ini, penulis menyatakan bahawa pembaca perlu mempunyai pengetahuan am mengenai pelaburan emas dan perlu mengikuti perkembangan pasaran emas bagi mengelakkan pembaca tertipu dengan skim-skim yang menggunakan pelaburan emas sebagai produk. Penulis turut menulis mengenai zakat emas dan kaedah menyimpan emas dengan selamat.

bottom of page