Kompilasi Soalan-soalan Wajib Tanya Tentang Pelaburan Emas, Analisis Teknikal dan Fundamental Harga

Updated: Sep 20, 2021

Penulis menyatakan bahawa buku ini tidak akan masuk dalam mana-mana universiti tempatan atau di jual di mana-mana kedai buku konvensional kerana buku ini ditulis kepada penyimpan, peminat dan pelabur emas sahaja


Tajuk Buku : Kompilasi Soalan-soalan Wajib Tanya Tentang Pelaburan Emas, Analisis Teknikal dan Fundamental Harga Emas

Bilangan Halaman : 157

Penulis : Shufaad Norani

Harga : RM50.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Beli di : https://pgmall.my/home


Soalan-soalan yang dikumpulkan adalah berdasarkan kepada pengalaman 10 tahun penulis sendiri berkecimpung dalam dunia pelaburan emas dan analisis teknikal”.

Kalau melihat pada prakata penulis sendiri menyatakan bahawa buku ini tidak akan masuk dalam mana-mana universiti tempatan atau di jual di mana-mana kedai buku konvensional. Ini adalah kerana buku ini ditulis kepada penyimpan, peminat dan pelabur emas sahaja. Soalan-soalan yang dikumpulkan adalah berdasarkan kepada pengalaman 10 tahun penulis sendiri berkecimpung dalam dunia pelaburan emas dan analisis teknikal. Penulis turut menyatakan bahawa 20% buku ini ditulis berdasarkan logik dan 80% adalah berdasarkan imaginasi pembaca sendiri. Ada 25 soalan yang dihuraikan oleh penulis dengan corak dan gaya penulisan buku ini adalah seperti perbualan di antara pembaca dan juga penulis. Buku ini tidak mempunyai bab-bab yang khusus seperti 2 buah buku sebelum ini. Oleh yang demikian review yang dibuat juga adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang terkandung dalam buku ini. Antara soalan-soalan asas yang menarik dihuraikan oleh penulis adalah:


  1. Bang, aku pernah dengar pasal pelaburan emas ni. Macam mana nak start? Modal besar tak?

  2. Saya dah beli emas banyak ni. Nak simpan kat mana?

  3. Saya nak berhenti kerja dan buat emas ni full-time. Ok ke?

  4. Time bila syok tengok harga emas?

  5. Saya dah beli emas tahun 2011. Lepas saya beli je, harga emas jatuh. Apa saya nak buat?

  6. Ada beza ke trend orang beli emas dulu dengan sekarang?

  7. Antara pelaburan emas dengan ASB, mana lagi untung?

  8. Orang kata kalau raya Cina harga emas naik, betul ke?

  9. Antara emas 999 dengan emas 916, mana lagi untung?

  10. Kalau USD turun, harga emas naikkan? Kalau USD naik, harga emas pulak turunkan?


Jika dilihat dari soalan-soalan di atas, buku ini diolah berdasarkan perbualan penulis dengan individu-individu yang mengajukan soalan kepada beliau. Dan besar kemungkinan soalan-soalan di atas juga berkemungkinan merupakan soalan yang ingin diajukan pembaca kepada individu-individu yang mahir dalam pelaburan emas seperti penulis sendiri.