Kenapa Anda Perlu Konsisten Membeli Emas?

Updated: Sep 17, 2021

Dalam setiap pelaburan yang anda ceburi perkara yang paling penting adalah kekal konsisten. Begitu juga dengan pelaburan emas. Di sini saya nyatakan 5 manfaat yang akan anda perolehi sekiranya anda membeli emas dengan konsisten.

PURATA HARGA MENJADI LEBIH RENDAH

Cuba lihat pada contoh di bawah. Penyimpan emas ini menyimpan 1 gram sebulan bermula pada bulan Ogos 2019.


Dengan menyimpan sebulan 1 gram, jumlah berat emas terkumpul adalah sebanyak 18 gram. Jumlah kos gram yang dikeluarkan oleh penyimpan ini adalah emas ini ialah RM4169. Mari kita kirakan kos purata untuk setiap gram emas tersebut. RM4169 ÷ 18 bersamaan dengan RM231.61 sahaja.


Jika anda perhatikan, harga emas ada turun dan naik. Dimana harga tertinggi yang dibeli adalah RM293 dan yang terendah adalah RM211. Namun penyimpan emas ini tetap konsisten membeli 1 gram setiap bulan. Jadi, penyimpan emas ini berjaya mengumpul 18 gram dengan harga yang lebih rendah daripada harga semasa (1 Disember 2020 RM258). Ini merupakan satu teknik yang sangat berbaloi untuk dirinya.



DUIT TIDAK BOCOR & UNTUNG HARGA EMAS MENINGKAT

Setiap wang yang ditukarkan kepada 1 gram emas dalam akaun GAP Public Gold menyebabkan penyimpan emas ini dapat menyelesaikan masalah wang bocor dan boros halus. Selain daripada itu juga dia berjaya menguruskan kewangannya dengan lebih baik.


Seperti mana yang anda sedia maklum bahawa, harga emas akan dalam tempoh jangka masa panjang. Dengan terjadinya hal ini menyebabkan penyimpan emas ini meperoleh keuntungan atas kenaikan harga emas yang disimpannya.


Sebagai contoh harga emas GAP pada 1 Disember 2020 adalah RM258 pergram. Berapakah nilai emas semasa yang disimpan penyimpan ini? dan berapakah keuntungan yang diperoleh oleh penyimpan ini dalam masa 18 bulan? Mari kita sama-sama membuat sedikit pengiraan


RM258 × 18 bersamaan dengan RM4644. Kos yang dikeluarkan oleh penyimpan ini adalah RM4169. Keuntungan yang diperoleh penyimpan ini adalah RM4644 - RM4169 bersamaan dengan RM475. Manakala peratus keuntungan penyimpan ini adalah (RM475 ÷ RM 4169) × 100% bersamaan dengan 11.39%. Peratus keuntungan yang memberansangkan dengan membuat simpanan secara konsisten dalam masa 18 bulan!



KEUNTUNGAN YANG LEBIH BESAR

Pelaburan emas melibatkan proses jual beli. Anda perlu menjual emas anda semula untuk mendapatkan keuntungan. Gambarajah di bawah menunjukkan spread harga rasmi Public Gold.

Dengan gram emas terkumpul sebanyak 18 gram, penyimpan emas ini boleh mengeluarkan emas fizikal yang lebih besar, contohnya sekeping emas 10 gram. Spread emas 10 gram cuma 9% sahaja. (spread adalah kepada perbezaan diantara harga PG Sell dan PG Buy).


Jika penyimpan emas ini terus konsisten menyimpan sehingga 250 gram di dalam akaun GAP, beliau mengurangkan lagi spread emas. Simpanan melalui GAP menyebabkan beliau boleh membuat pilihan untuk mendapatkan emas fizikal yang lebih besar dengan nilai spread lebih rendah disampaing menikmati harga emas yang kian meningkat.



SIMPANAN EMAS AKAUN GAP LEBIH SELAMAT

Emas yang disimpan dalam akaun GAP Public Gold disimpan secara percuma oleh Public Gold. Pemegang akaun boleh mengeluarkan simpanan emas dalam bentuk fizikal di mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan.


Bagi urusan pengeluaran emas fizikal melalui akaun GAP Public Gold, pihak syarikat tidak membenarkan pengeluaran oleh pihak ketiga. Pemilik akaun harus hadir dengan membawa kad pengenalan ke mana-mana cawangan Public Gold untuk urusan transaksi pengeluaran.


Dengan pertambahan pelangan Public Gold yang kini melebihi 500 000 di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia, pihak syarikat menambahbaik sistem akaun GAP dengan membolehkan para pelanggan mengeluarkan emas fizikal mereka dengan menggunakan khidmat Gold In Transit (GIT). Dengan menggunakan perkhidmatan GIT, kini para pelanggan boleh menjimatkan masa dan tenaga mereka.


Di bawah merupakan produk-produk yang boleh dikeluarkan melalui akaun GAP Public Gold dengan menggunakan khidmat GIT.

KENAIKAN HARGA EMAS DALAM JANGKA MASA PANJANG

Perkara ini adalah seperti mana yang anda sedia maklum bahawa, harga emas semakin meningkat setiap tahun. Contoh-contoh di atas ini adalah mengenai seorang penyimpan emas yang berniat untuk untuk membiayai pengajian tiga orang anaknya di peringkat universiti kelak.


Anak sulung penyimpan emas ini berusia 5 tahun, kedua 2 tahun dan ketiga 5 bulan. Sekiranya beliau kekal konsisten untuk menyimpan emas dalam 13 tahun akan datang, maka simpanan beliau adalah sekitar 156 gram.


Berapakah anggaran simpanan nilai emas dalam RM untuk masa depan anak-anaknya? Jika purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun, maka pada usia anaknya yang sulung berusia 18 tahun nanti, gram emas ini akan bernilai sekitar RM34479±. Dengan jumlah simpanan sebanyak ini, sudah pastinya sedikit sebanyak akan membantu beliau dalam menyediakan pembiayaan pelajaran seperti yuran pengajian anaknya di universiti nanti. InsyaALLAH.