top of page

Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Updated: Sep 17, 2021

Sebab-sebab yang perlu anda fikirkan untuk mula menyimpan emas


PENYUSUTAN NILAI MATAWANG

Penyusutan nilai matawang bermaksud keupayaan atau kuasa membeli wang kertas semakin menurun dalam tempoh jagka masa panjang. Sekiranya anda sering membeli barang-barang keperluan harian, anda akan mendapati semakin banyak wang yang diperlukan untuk membeli barang-barang tersebut. Contoh yang paling mudah untuk dilihat adalah, perbelanjaan harian anak-anak untuk makan di kantin sekolah. Bandingkan ketika zaman persekolahan anda dan zaman persekolahan anak-anak anda. Perkara ini terjadi disebabkan oleh berlakunya kesan inflasi ke atas nilai matawang.



HARGA EMAS MENAIK DALAM TEMPOH JANGKA MASA PANJANG

Menyimpan emas akan menguntungkan anda untuk tempoh masa jangka masa panjang. Mari kita lihat graf harga emas di bawah. Jika dilihat mengunakan mata kasar dan bukan dari sudut pandang matematik, dengan jelas kita dapat lihat harga emas meningkat untuk tempoh jangka masa panjang. Tetapi benarkah?


Daripada graf harga emas di bawah, sejak lima tahun yang lalu harga emas telah meningkat.

Harga satu emas 999 pada 1 Januari 2016 adalah RM159 dan pada 1 Januari 2021 harganya adalah RM272. Ini merupakan kenaikan 71.07% di dalam masa lima tahun. Purata kenaikan harga emas dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini adalah 14.21% setahun!


P/s : Walaubagaimana pun untuk pelaburan dan simpanan untuk jangka masa pendek, emas bukanlah jawapannya kerana harga emas ada turun naiknya. Namun jika anda boleh menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang maka kelebihan pasti berpihak kepada anda!

Graf pergerakan harga emas tahun 1996 - 2020 sumber http://goldprice.org/



EMAS MENGEKALKAN KUASA BELI

Kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Objek yang emas boleh beli pada lalu, tetap boleh dibeli beberapa tahun datang malah ratus dan ribuan tahun akan datang. Contohnya, kita lihat hadis Nabi Muhammad S.A.W di bawah. Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:


“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah S.A.W memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.


Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”


Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”


Hari ini harga satu dinar Public Gold adalah RM1060. Adakah dengan harga satu dinar hari ini mampu untuk membeli seekor kambing? Baginda Nabi S.A.W telah meninggalkan kita lebih daripada 800 tahun. Setelah sekian lama baginda Nabi S.A.W meninggalkan kita, emas masih mampu untuk mengekalkan kuasa beli. (Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W)


Sekiranya artikel ini mempunyai jangka hayat yang panjang, generasi baru yang membaca artikel ini boleh membandingkan harga satu dinar dengan nilai seekor kambing ketika zaman anda. Masihkah dengan satu dinar pada zaman kalian masih boleh membeli seekor kambing?



ASET MUDAH CAIR

Dengan keupayaannya mengekalkan kuasa beli dan meningkat dalam tempoh jangka masa panjang, emas boleh dikategorikan sebagai aset. Selain daripada dua kelebihan tersebut, satu daripada kelebihan emas melebihi aset-aset lain adalah ia boleh ditunaikan dengan cepat.


Jika anda perlukan duit tunai dengan segera tanpa perlu menjual emas, maka anda boleh menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Ia merupakan satu kemudahan pinjaman tanpa riba . Jadi ia adalah urusniaga patuh syariah. Terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan gadaian emas.


Yang popular dan mudah untuk mendapatkan khidmat adalah seperti Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agrobank dan lain-lain. Pergi ke Ar-Rahnu terdekat untuk menggadaikan emas bagi mendapatkan pinjaman segera antara 75% sehingga 80% daripada nilai emas anda.


Selain menikmati kenaikan harga emas di dalam jangka masa panjang, mereka yang menjalankan perniagaan tidak lagi perlu mendapatkan pinjaman bank sekiranya terdesak. Gunakan sahaja emas yang disimpan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman untuk urusan pusingan modal. Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu mereka yang memerlukan.


EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASIKAN

Proses untuk mendapatkan emas bukan sesuatu proses yang mudah. Boleh baca disini. Lokasinya perlu dicari, kemudian dilombong, dibentuk dan ditentutulenkan. Proses yang berbeza berlaku pada wang yang digunakan pada hari ini. Wang boleh dicetak, boleh diberikan dalam bentuk voucher, dan boleh dipindahkan tanpa fizikal (maya) dan nilai matawang tidak diikat dengan mana-mana objek yang berharga.


Empat kelemahan ini menyebabkan wang merupakan instrumen kewangan yang mudah untuk dimanipulasi. Apabila empat kelemahan ini dimanipulasi oleh mana-mana individu atau organisasi maka nilai wang akan merosot. Apabila nilai wang merosot dalam keadaan yang drastik, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan akhirnya penggunaan wang tersebut tidak lagi digunakan.


Anda boleh membuat bacaan lanjut disini mengenai kejatuhan nilai matawang beberapa negara yang telah berlaku.



bottom of page