top of page

Kelebihan Membeli Emas Public Gold

Updated: Jun 22, 2021

Antara sebab-sebab dari sudut pandang teknikal harga, kenapa anda perlu memilih Public Gold sebagai destinasi simpanan dan pelaburan emas



MEMAPARKAN HARGA JUAL BELI DENGAN JELAS

Public Gold memaparkan harga jual beli dengan jelas pada laman sesawangnya. Di mana apabila sebuah syarikat memaparkan harga jual beli dengan jelas ini bermakna, semua pelanggan Public Gold, sama ada dealer atau pelanggan. Mereka semua membeli emas pada harga yang sama. Tiada individu yang boleh memanipulasi harga yang dipaparkan pada sistem.


MENGEMASKINI HARGA JUA BELI SEKERAP MUNGKIN

Harga yang dipaparkan pada laman sesawang Public Gold bergantung sepenuh pada harga pasaran emas dunia yang boleh diakses di https://www.kitco.com/charts/livegold.html dan https://goldprice.org/. Harga jual beli Public Gold boleh di akses di laman sesawang https://publicgold.com.my/index.php. Bagi produk emas fizikal, perubahan harga berlaku pada setiap 20 minit manakala bagi akaun GAP berubah pada setiap 24 jam kecuali sekiranya berlaku perubahan harga pasaran emas dunia yang ekstrim.

BEZA HARGA PREMIUM DAN HARGA SPOT YANG KECIL

Apa itu harga premium dan harga spot? Harga premium adalah harga jual Public Gold dan harga spot adalah harga pasaran emas dunia. Pakar-pakar kewangan menyarankan produk emas yang bagus adalah apabila beza harga premium dan harga spot kurang daripada 10%.


Contoh pengiraan beza harga premium dan harga spot :

Ketika artikel ini ditulis harga premium Public Gold adalah RM248.00/gram dan harga spot adalah RM226.29/gram


RM248 - RM226.29 = RM21.71

RM21.71 ÷ RM226.29 = 0.095938

0.095938 × 100% = 9.5938%

9.5938% kurang daripada 10%


Mengapa beza harga premium dan harga spot perlu kurang daripada 10%? Jawapannya adalah semakin kecil beza harga premium dan harga spot semakin cepat pelanggan akan mendapat keuntungan daripada simpanan dan pelaburan emas.


BEZA HARGA JUAL DAN HARGA BELI YANG KECIL

Ini juga merupakan kriteria penting yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin memilih produk pelaburan dan simpanan emas. Gambar di bawah merupakan beza harga jual dan beli bagi setiap produk Public Gold berkuatkuasa 1 Januari 2017.

Cadangan pakar-pakar kewangan menyatakan bahawa produk emas yang baik adalah apabila beza harga jual dan harga belinya juga kurang daripada 10%. Bakal penyimpan dan pelabur emas perlu mengkaji aspek ini untuk memastikan keuntungan berpihak pada mereka.



MEMAPARKAN CAS-CAS TAMBAHAN SEKIRANYA WUJUD

Bakal penyimpan dan pelabur emas perlu mengambil kira jumlah kos yang dikenakan kepada mereka sekiranya perlu menggunakan khidmat simpanan syarikat menyimpan atau ketika mengeluarkan emas simpanan. Pastikan semua cas-cas yang dikenakan kepada para pelanggan dipaparkan dengan jelas tanpa berselindung. Ini adalah penting kerana cas-cas yang dikenakan oleh setiap syarikat mungkin berbeza. Bakal pelanggan yang bijak akan memilih syarikat yang akan mengenakan cas-cas tambahan yang minimum.

Gambar di atas adalah cas Gold Premium dan syariah Easy Payment Purchase (EPP) yang dikenakan oleh Public Gold atas semua produk kepada semua pelanggannya sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain daripada Gold Premium dan EPP Premium, tiada cas-cas lain yang tersembunyi dikenakan oleh Public Gold termasuk cas penyimpanan sekiranya para pelanggan mematuhi semua syarat kaedah pembelian.




bottom of page