top of page

Kelebihan Emas Sebagai Simpanan dan Pelaburan

Updated: Oct 21, 2021

"The desire of gold is not for gold. It is for the means of freedom and benefits" - Ralph Waldo Emerson



MUDAH DIBELI

Emas kini boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web. Public Gold merupakan syarikat pelopor di Malaysia yang membuka lembaran pembelian emas melalui dalam talian. Ketika dunia dilanda wabak pandemic Covid-19 perjalanan perniagaannya tidak terjejas malah mencapai kemajuan yang ketara kerana sudah lama menjalankan perniagaan secara dalam talian.


ASET MURAH UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT

Emas merupakan aset yang boleh dibeli sedikit demi sedikit. Kini melalui Public Gold anda boleh membeli emas dengan hanya RM100 dengan mengikut harga dagangan dunia harian. Seperti pepatah orang lama menyatakan “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Ada beberapa jenis aset yang memerlukan dana yang tinggi untuk bermula dan tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat



PEMILIKAN MUDAH

Tidak seperti beberapa jenis aset yang memerlukan beberapa dokumen penting untuk ditandatangan oleh pembeli. Emas boleh dibeli tanpa urusan birokrasi yang menyulitkan. Urusan pemilikannya juga mudah kerana selesai sahaja pembayaran emas boleh dimiliki oleh pembeli sama ada secara pos atau ambil di mana-mana cawangan Public Gold.



MUDAH DIJUAL SEMULA

Emas dikenali sebagai “high liquidity asset” iaitu aset yang amat mudah untuk dicairkan. Oleh kerana sifatnya yang mudah untuk dicairkan maka ianya sesuai untuk dijadikan sebagai dana pelbagai guna seperti dana kecemasan, persaraan, pendidikan dan lain-lain yang dirasakan sesuai dengan matlamat pemiliknya.


MUDAH PINDAH MILIK

Emas boleh dipindah milik kepada waris. Sekiranya berlaku kematian, cukup sekadar wasiat secara bertulis atau lisan kepada waris (dibuat lebih awal) untuk melakukan transaksi pindah milik simpanan emas. Tidak perlu campur tangan pihak ketiga seperti peguam atau pihak pengurusan untuk mengesahkan proses pindah milik.

bottom of page