top of page

Kelebihan Dealer Public Gold

Updated: Jun 22, 2021

10 Kelebihan menjadi seorang dealer kepada syarikat pelaburan emas terbesar di Malaysia



BEROPERASI SECARA ATAS TALIAN

Semua urusan jual beli emas dilaksanakan secara dalam talian di laman web Public Gold. Sebagai seorang pelanggan yang juga seorang dealer Public Gold, segala urusan pembelian untuk diri sendiri dan pelanggan boleh diuruskan pada bila-bila masa. Urusan pengambilan dan penghantaran emas juga boleh dijalankan secara dalam talian di mana ia akan diuruskan oleh staf-staf Public Gold di ibu pejabat Pulau Pinang. Mudah.

KOMISYEN PEMBELIAN

Komisyen tidak diberikan atas pembelian yang melayakkan anda untuk menjadi dealer Public Gold. Komisyen akan diberikan selepas anda sudah menjadi dealer Public Gold yang sah. Bermakna pembelian kedua dan seterusnya, anda akan layak menerima komisyen. Priority Dealer layak menerima 1.5% dan Normal Dealer layak menerima 1.0% komisyen daripada nilai pembelian.


Jika anda sebagai Normal Dealer membuat pembelian kedua RM10 000, maka komisyen dari pembelian tersebut adalah RM10 000 x 1.5% = RM150 sekiranya anda adalah Priority Dealer dan RM10,000 x 1.0% = RM100 sekiranya anda adalah Normal Dealer.


KOMISYEN JUALAN

Apabila anda sebagai seorang dealer menjualkan semula emas kepada Public Gold, anda layak menerima komisyen tambahan 0.3% daripada nilai jualan.


Jika anda menjualkan semula emas bernilai RM10 000 kepada Public Gold, 0.3% x RM10 000 = RM30. Maka anda akan menerima RM10 000 (nilai jualan) + RM30 (komisyen tambahan) = RM10030.

KOMISYEN INTRODUCER (KENALKAN PADA PELANGGAN BARU)

Priority Dealer yang memperkenalkan pelanggan baru akan menerima 1.5% daripada pembelian yang dibuat oleh pelanggan tersebut. Manakala Normal Dealer yang memperkenalkan pelanggan baru akan menerima 1.0%.


Penting : Dealer perlu mengingatkan bakal pelanggan supaya mereka memaklumkan kepada Public Gold bahawa anda adalah introducer mereka. Beri nama penuh dan PG Code anda kepada bakal pelanggan ketika membuat pendaftaran.


BELI EMAS PADA HARGA YANG LEBIH MURAH

Sebagai seorang dealer, anda boleh membeli emas yang ingin dijual oleh mana-mana pelanggan lain. Proses pembelian ini dipanggil sebagai Buy Back. Anda boleh membeli semula emas tersebut dengan menggunakan harga PG Buy (rujuk laman web Public Gold). Harga PG Buy sentiasa akan lebih murah daripada harga PG Sell. Oleh yang demikian, anda akan boleh membeli emas dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.


UNTUNG MUDAH

Apabila selesai proses Buy Back, anda boleh menjual semua emas tersebut pada mana-mana pelanggan yang berminat untuk memiliki emas dengan harga PG Sell. Harga PG Sell yang tertera dalam laman web Public Gold sentiasa akan lebih tinggi berbanding PG Buy. Oleh itu, anda akan mendapat keuntungan dengan lebih mudah. Beli pada harga yang rendah, jual semula dengan harga yang lebih tinggi.


KOMISYEN OVERRIDING

Anda layak untuk menerima komisyen overriding apabila anda sebagai dealer memperkenalkan seorang lagi dealer baru. Peratus komisyen Overiding belian kali pertama dealer ini akan diberikan kepada anda bergantung kepada status dealer anda, sama ada Master Dealer (2.0%), Priority Dealer (1.5%) dan Normal Dealer (1.0%)


Sebagai contoh , anda adalah Normal Dealer (ND), apabila anda menjadi introducer kepada seorang dealer baru, anda akan layak untuk menerima komisyen overriding 1.0% daripada pembelian kali pertama dealer baru tersebut. Sekiranya jumlah belian dealer baru tersebut RM30 000 maka komisyen overiding yang akan anda terima adalah RM300.

MENTORING SYSTEM KEPADA DEALER BARU

Public Gold telah melaksanakan sistem PG1System pada Mac 2016, iaitu satu sistem mentoring kepada dealer-dealer Public Gold yang baru. Dealer-dealer yang ingin berjaya melalui platform yang disediakan Public Gold perlu menimba ilmu dan pengalaman daripada dealer-dealer yang telah berjaya mencapai status sebagai Master Dealer. Master Dealer akan bertindak sebagai coach untuk membimbing anda untuk berjaya dalam Public Gold. Dengan wujudnya PG1System, ia akan memudahkan urusan perjalanan dealer-dealer baru untuk mengecapi kejayaan melalui platform yang telah disediakan oleh Public Gold.



BERTERUSAN MENJANA PENDAPATAN PASIF

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan pasif secara berterusan, Public Gold menyediakan satu platform perniagaan yang perlu anda rebut dan beri tumpuan. Public Gold menjual emas dengan margin keuntungan yang kecil supaya supaya pelanggan yang telah berdaftar di bawah anda dapat terus membeli dan menyimpan emas.


Margin keuntungan yang kecil melalui sistem yang dibuat oleh Public Gold membolehkan anda mempunyai volume jualan yang besar dengan adanya ulangan belian daripada pelanggan. Dengan cara ini anda akan menjana pendapatan pasif melalui Public Gold secara berterusan.


INSENTIF-INSENTIF LAIN

Selain daripada insentif jualan, overidding dan supervisory, Public Gold turut menawarkan beberapa bentuk insentif lain seperti:

  • Percutian Percuma melalui SIP (Sales Insentif Program)

  • Group Sales Incentive

  • SIP Million Dollar Leg

  • Bonus Jualan Q-Bonus

  • Bungalow Fund


bottom of page