top of page

Kaya Dengan Emas

Updated: Jun 22, 2021

Dua perkataan untuk buku ini adalah ringkas dan padat.

Tajuk Buku : Kaya Dengan Emas

Bilangan Halaman : 171 muka surat

Penulis : Khairul Anuar Basri Al-Hafiz

Harga Buku : RM15.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Beli di : https://pgmall.my/


"Walaupun hanya ditulis dalam 4 bab tetapi buku ini memuatkan maklumat yang sangat padat dari muka surat pertama hingga muka surat yang terakhir dengan bahasa yang ringkas".

Bab 1 – Kaya itu Mulia


Allah S.W.T menjadikan fitrah manusia suka dan cintakan kepada harta benda dan kekayaan. Dengan membina kekayaan d dunia, anda boleh menjana kekayaan di akhirat. Lihat bagaimana sahabat Rasulullah dan Rasulullah sendiri adalah insan-insan yang kaya. Mereka menginfakkan harta benda mereka sebagai usaha untuk membantu menegakkan syiar Islam. Banyak pintu-pintu kebaikan akan terbuka apabila anda menjadi seorang yang kaya. Antara salah faham masyarakat kita mengenai kekayaan adalah 1) Islam tidak menggalakkan umatnya menjadi kaya, 2) miskin lebih baik daripada kaya, 3) semakin besar pendapatan semakin kaya, 4) menghargai diri sendiri dengan hutang, 5) belanja dahulu simpan kemudian dan 6) labur duit untuk menjadi kaya. Mustahil apabila Al-Quran menyarankan orang Islam untuk menginfakkan harta di jalan Allah, pada waktu yang sama ia menghalang orang Islam untuk menjadi kaya. Fakta di dalam Al-Quran, hadis dan sirah Islam mengenai kekayaan adalah 1) orang mukmin yang berjaya adalah mereka yang membayar zakat, 2) sebahagian besar sahabat yang dijanjikan syurga adalah daripada golongan orang kaya, 3) harta benda adalah pintu pebagai kebaikan, 4) wajib dengkikan orang baik yang berharta, 5) kaya dan patuh syariah dan 7) Usman Bin Affan dan Telaga Ar-Rumah. Tabiat yang perlu ada anda pupuk sekiranya anda ingin menjadi seorang yag kaya adalah menyimpan. Perkara yang perlu untuk ada jaga sekiranya ingin menjadi kaya adalah ketirisan wang. Benda yang perlu anda simpan untuk menjadi kaya adalah aset.



Bab 2 – Ada Apa Dengan Emas


Emas adalah aset yang unik. Walaubagaimanapun ia sering disalah ertikan oleh masyarakat. Antara salah faham masyarakat mengenai emas adalah 1) hanya untuk kaum wanita, 2) hanya untuk orang kaya, 3) hanya untuk tujuan pelaburan, 4) hanya untuk tujuan pelaburan dan 5) boleh menjana keuntungan sendiri. Kelebihan emas berbanding wang pula adalah 1) laku di mana-mana, 2) tiada tarikh luput, 3) masih diterima walaupun rosak, 4) penyelamat sewaktu pergolakan politik dan kewangan, dan 5) penyimpan nilai serta tiada susut nilai. Kelebihan menyimpan emas bukan sekadar alat pelaburan semata-mata tetapi ia adalah alat bagi memenuhi matlamat kewangan penyimpannya. Selain daripada itu juga, penulis menyatakan 8 sebab mengapa emas lebih baik daripada aset hartanah iaitu 1) mudah urusan jual beli, 2) murah, 3) mudah diuruskan, 4) boleh digadai, 5) senang dibawa, 6) tidak mudah hancur, 7) boleh dibeli sedikit demi sedikit, 8) mudah diwariskan atau berpindah milik. Manakala fungsi-fungsi emas adalah seperti berikut 1) simpanan, 2) aset, 3) harta , 4) wang sebenar, 5) insurans, 6) alat pelaburan, 7) penegkal kuasa beli, 8) mudah dicairkan, 9) modal pusingan, 10) pengubah tabiat buruk, 11) sumber zakat, 12) mas kahwin dan hantaran, 13) sumber pelbagai kebaikan.

Bab 3 – Public Gold Pilihan Saya


Public Gold memiliki segala ciri-ciri keistimewaan yang ada pada sebuah syarikat menjual emas. Antara ciri-ciri keistimewaan tersebut adalah 1) keteguhan dan kestabilan syarikat, 2) reputasi perniagaan yang sangat tinggi, 3) bebas dari isu undang-undang, 4) kepelbagaian produk dan kaedah belian, 5) platform jual beli yang mesra pelanggan, 6) kepatuhan syariah, 7) jaringan cawangan yang meneyeluruh, 8) model perniagaan yang baik, 9) tahap ketelusan yang tinggi dan 10) integrasi ilmu dan pengetahuan. 3 kaedah membuat pembelian di Public Gold adalah 1) bayaran penuh, 2) bayaran mudah dan 3) program akumulasi emas.


Bab 4 – Tips dan Panduan Pengguna


Dalam bab terkahir ini, sebagai seorang Founder Master Dealer yang aktif, penulis memberikan beberapa tips yang boleh digunakan oleh para pembaca. Tips ini boleh digunakan sekiranya anda 1) pemboros, 2) usahawan perniagaan, 3) bakal pengantin wanita, 4) ingin memiliki emas keluaran luar negara, 5) ingin memanfaatkan emas untuk pendidikan anak-anak, 6) ingin memiliki 1 kilogram emas pertama, dan yang terakhir sekali adalah 7) ingin pergi umrah dengan formula 10 dinar.

bottom of page