Gold Maximising Wealth Precious Metal Investment

Updated: Jun 22, 2021

Whole new picture mengenai pasaran emas.

Tajuk Buku : Gold Maximising Wealth Precious Metal Investment

Bilangan halaman : 212 muka surat

Penulis : Ian Tai

Harga : RM 39.90 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Beli di : https://www.mphonline.com


"Another level of writing about gold. Oleh yang demikian, saya katakan buku ini agak sedikit berat dan berada pada satu tahap yang berbeza dengan buku-buku sebelum ini lebih-lebih lagi buku ini di tulis oleh penulis tempatan".

Chapter 1


Buku ini dimulakan dengan tajuk “The Shrinking Ringgit”. Apa maknanya? Penulis menrangkan mengenai penyusutan nilai Ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Malaysia Dollar, M$ diperkenalkan pada 12/6/1967 bertujuaan untuk menggantikan British Borneo Dollar yang digunakan di seluruh Semenanjung Malaya, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Pada ketika itu M$ dengan British Pound, £ dengan kadar 1£ bersamaan dengan 8.75 M$ di mana £1 bernilai 2.80 USD. Ini bermakna pada ketika itu 1 USD bersamaan dengan 3.06M$. Penulis menyatakan bahawa RM kini hampir kehilangan 97% daripada nilainya sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971.


Chapter 2


Chapter ini adalah mengenai sejarah matawang. Di mana penulis menerangkan bagaimana nilai USD diikat dengan nilai emas pada tahun 1900 ia mula diperkenalkan sehinggalah nilai USD diputuskan dengan nilai emas oleh Presiden US pada ketika itu Richard Nixon pada 15/8/1971. Bermulalah episod USD mula kehilangan nilai disebabkan oleh 5 faktor utama iaitu 1) penghasilan USD tanpa had, 2) baki simpanan akaun semasa kerajaan US semakin kurang, 3) perbelanjaan melebihi peruntukan, 4) hutang kerajaan US yang semakin meningkat dan 5) inflasi.


Chapter 3


Bank-bank pusat mula membuka mata mereka apabila berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 2009. Mereka mula menukarkan duit mereka kepada emas sebagai satu langkah mempelbagaikan simpanan mereka disebabkan kejatuhan nilai Euro, € dan USD. Antara bank pusat yang mengambil langkah tersebut adalah Venezuela, Germany, Turkey, Brazil, Russia, Kazakhstan dan Korea Selatan sebagai langkah dalam menghadapi krisi ekonomi dunia.


Chapter 4


Menurut penulis pasaran dan simpanan emas sudah mengalami perpindahan yang ketara. Pasaran dan simpanan emas kini beralih arah ke pasaran Asia daripada pasaran US. Perkara ini berlaku disebabkan oleh pandangan dan pegangan yang berbeza mengenai emas oleh orang Asia dan orang Barat. Orang Asia merupakan pengguna dan penyimpan emas tegar berbanding orang Barat yang menggunakan emas sebagai barang dagangan. Rakyat China dan India merupakan penyimpan dan pengguna emas tertinggi di dunia. 7 jam radius perjalanan merupakan faktor penting menyebabkan, Singapura kini mula membangun sebagai salah satu hub pasaran emas terpenting di dunia.



Chapter 5


5 cabaran yang perlu dihadapi oleh syarikat cari gali emas. 1) kadar hasil pengeluaran emas yang semakin berkurangan oleh 4 negara pengeluar terbesar dunia, 2) semakin jauh penggalian semakin kurang pengeluaran emas, 3) pemegang saham syarikat cari gali semakin tidak gembira akibat peningkatan kos, 4) polisi cari gali emas yang berbeza dan berubah-ubah di setiap negara dan 5) tunjuk perasaan dan protes oleh badan-badan serta individu-individu pencipta alam.


Chapter 6


Menurut penulis, pelaburan emas dan pelaburan saham syarikat cari gali emas merupakan dua jenis pelaburan yang berbeza. Pelaburan emas adalah simple berbanding pelaburan saham syarikat cari gali yang lebih complicated. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan dari segi pengurusan risiko, matlamat pelaburan dan klasifikasi aset.


Chapter 7


10 syarikat cari gali emas terbesar di dunia 1) Barrick Gold Corp. 2) AngloGold Ashanti Ltd. 3) Newmont Mining Corp. 4) Gold Field Ltd. 5) Goldcorp Inc. 6) Harmony Gold Mining Co. Ltd. 7) Newcrest Mining Ltd. 8) Kincross Gold Corp. 9) Yamana Gold Inc. dan 10) Iamgold Corp.



Chapter 8


Anda berpotensi untuk kehilangan wang pelaburan sekiranya anda tidak tahu apa yang anda lakukan. Pelaburan emas semakin mendapat tempat di mata orang awam. Walaubagaimanapun kebanyakkan daripada mereka masih belum mempunyai ilmu yang cukup dalam pelaburan emas. Umumnya, orang awam masih belum bila masa yang sesuai untuk membeli dan bila masa yang sesuai untuk menjual emas tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, anda akan gagal dalam memaksimakan keuntungan melalui pelaburan emas. Jual beli emas perlu dengan matlamat dan strategi pelaburan.


Chapter 9


Masa yang terbaik untuk membeli emas adalah pada permulaan kitaran komoditi bermula dan masa yang terbaik untuk menjualkan semula adalah apabila kitaran komoditi berakhir. Kitaran pasaran saham dan kitaran komoditi pelaburan emas adalah 2 kitaran yang berbeza.



Chapter 10


Grid pasaran emas menunjukkan bagaimana pasaran emas berlaku dengan gambaran yang lebih luas. Untuk melihat pasaran emas dengan lebih luas ia boleh dilakukan dengan melihat kepada beberapa faktor-faktor asas yang mampu memberikan kesan terhadap harga dagangan emas dunia. Selain daripada faktor “demand and supply” terdapat 4 faktor lain yang boleh mempengaruhi harga dagangan emas iaitu 1) investment market iaitu pembeli dan penjual, 2) transaksi rasmi oleh bank-bank pusat di seluruh dunia, 3) kuantiti pengeluaran emas dan yang terakhir adalah 4) harga dagangan emas dunia (USD/oz) itu sendiri.


Chapter 11-15


Chapter 11 hingga 15 merupakan pandangan daripada pakar kewangan dan ekonomi seperti Jim Rodgers (legendary investor), Warren Buffet (greatest investor of all time), Dr. Nouriel Roubini ( Economist Proffesor), Dr. Marc Faber (Economic Ph.D) dan Robert Kiyosaki (Monetary Author) mengenai pasaran emas dahulu, kini dan akan datang.


Chapter 16


Untuk chapter yang terakhir ini, penulis menjawab beberapa persoalan yang setiap individu perlu ambil tahu sebelum mula mengambil keputusan untuk membuat pelaburan emas. Sebelum memjawab soalan-soalan tersebut, penulis bertanyakan 1 soalan kepada pembaca kenapa anda membeli emas? Penulis membimbing para pembaca untuk menentukan posisi sebelum membeli emas terlebih dahulu sama ada anda seorang penyimpan atau pelabur emas. Soalan-soalan seterusya adalah 1) Produk emas apa yang anda perlu beli, 2) Syiling emas atau jongkong emas?, 3) Kenapa tidak jongkong emas buatan tempatan?, 4) Bagaimana pula dengan akaun pelaburan emas?, 5) Bagaimana menentukan urusniaga jual beli emas terbaik?, 6) Di mana untuk membeli emas?, 7) Bagaimana memastikan produk emas itu benar-benar tulen?, dan yang terakhir 8) Di mana tempat yang paling sesuai untuk menyimpan emas anda?.