Getting into Gold

Updated: Sep 20, 2021

Buku yang ditulis dalam gaya penulisan yang santai.

Tajuk Buku : Getting into Gold (Versi BI) Masa Untuk Emas (Versi BM)

Bilangan Halaman : 132

Penulis : Azizi Ali

Harga : RM31.92 (tidak termasuk kos penghantaran)

Beli di : https://pgmall.my/home


"Kalau sesiapa yang pernah baca buku atau tonton video Azizi Ali tahu gaya penulisan dan penerangan beliau yang amat relaks sambil buat monolog dalaman dan suggestion yang dicadangkan secara direct atau indirect language"


Bab 1


Penulis menerangkan tentang emas itu satu komoditi yang kompleks disebabkan oleh banyak faktor yang menyebabkan harga emas turun naik. Antara faktornya, kejatuhan nilai matawang Dollar disebabkan oleh “money printing” kerajaan US, hubungan nilai emas dengan bilangan rakyat China, “supply and demand” dari seluruh dunia, ketidakpercayaan dengan sistem kewangan dan kerajaan US merupakan “aging star”


Bab 2


Bab kedua dalam buku ni adalah bab sejarah. So fast reading je. Sejarah emas dari mula-mula ditemukan dan digunakan sebagai matawang. Sejarah emas dari “before century” sehinggalah tahun 2010.


Bab 3


Dalam bab 3 ini, penulis menulis tentang kebaikan dan keburukan melabur dalam emas. Very professional writing sebab penulis hendak kita berfikir dan buat keputusan tanpa dipengaruhi oleh penulisan beliau. 6 tentang kebaikan dan 6 tentang keburukan. See, very fair writing. Sebab bukan semua orang sesuai untuk buat pelaburan emas. Sekiranya difikirkan sesuai ada 6 kebaikan untuk anda, sekiranya dirasakan tidak sesuai ada 6 perkara yang anda perlu fikirkan.


Bab 4


Bab ni adalah kesinambungan dari bab 3. Sekiranya anda merasakan pelaburan emas adalah sesuatu yang sesuai dengan diri anda masing-masing, ada beberapa perkara yang perlu and fikirkan untuk melangkah setapak lagi ke hadapan.


Bab 5


Dalam bab ini pula penulis menyenaraikan beberapa pilihan bentuk pelaburan emas yang anda boleh ceburi. Perkara penting yang perlu diingatkan adalah membeli emas memang mudah, tetapi menjual emas untuk mendapat keuntungan bukan sebegitu mudah. Tiga bentuk pelaburan emas adalah 1)emas fizikal, 2)emas kertas dan 3)emas di antara emas fizikal dan emas kertas.


Bab 6


Bab bagaimana anda boleh membeli emas. Untuk bab ini, penulis menulis tentang harga spot, harga premium, nilai spread, di mana hendak membeli emas, berapa kuantiti emas yang perlu anda ada dan kaedah menjual emas tersebut semula.


Bab 7


Bab ini adalah pandangan masa depan penulis terhadap apa yang akan terjadi dalam pasaran dunia. Penulis juga menyelitkan sejarah kejatuhan matawang British yang pernah berlaku dalam negara kita apabila Jepun menguasai Tanah Melayu untuk tempoh beberapa tahun. Perkara yang sama turut berlaku pada matawang pisang yang digunakan Jepun apabila British menguasai semula Tanah Melayu.


Bab 8


Kata-kata akhir penulis dalam buku ini. Sedikit rumusan yang diberikan penulis mengenai keseluruhan penulisannya mengenai emas dan juga sistem kewangan beroperasi di seluruh dunia. Menurut penulis keruntuhan sistem kewangan adalah tanpa amaran. Tulis beliau lagi, beli emas, beli emas sekarang dan beli emas yang betul.