Emas Membantu Membina Kekayaan
Tiga perkara yang perlu anda belajar untuk membina kekayaan adalah yang pertama menyimpan, kedua melabur dan ketiga berniaga.

Semua penulis kewangan sama ada di dalam dan luar negara menyatakan bahawa menyimpan duit merupakan sesuatu yang penting dalam membina kekayaan. Mereka bersetuju dengan frasa “Its not about how much money you earn, but its about how much money you can save”.
Seorang penulis buku pengurusan kewangan, T. Harv Eker mencadangkan tips untuk menguruskan kewangan dan pendapatan. Iaitu :
55% dibelanjakan untuk komitmen bulanan seperti pinjaman perumahan, hutang kereta, bil-bil utiliti dan lain-lain
10% dibelanjakan untuk perbelanjaan gaya hidup sendiri dan juga keluarga
10% digunakan untuk pendidikan yang berupaya untuk menambah nilai diri seperti buku, program coaching & mentoring
10% digunakan sebagai tabung kecemasan
10% digunakan untuk tabung pelaburan seperti saham, mutual funds, hartanah, dan lain-lain pelaburan yang dirasakan sesuai
05% dibelanjakan untuk kebajikan seperti menderma dan membayar zakat
Walaubagaimanapun, tips pengurusan kewangan ini bukan sesuatu yang senang dan mudah untuk dipraktikkan. Ini kerana, tips pengurusan ini tidak selari dengan fitrah manusia. Ianya bercanggah dengan sifat semulajadi manusia. Perkara yang sukar untuk dilakukan atau bercanggah dengan sifat semulajadi manusia apabila menerima duit adalah menyimpan duit tersebut. Ini kerana fitrah manusia dan duit bukanlah untuk disimpan tetapi untuk dibelanjakan dan ia adalah sesuatu yang normal.
Jadi bagaimana kaedah untuk menyimpan? Jawapannya adalah dengan menukarkan wang tersebut dengan emas. Fitrah manusia dengan emas adalah sebagai sebagai alat perhiasan dan barang berharga. Selalunya, manusia cenderung untuk simpan barang yang berharga. Justeru itu, emas merupakan alat yang boleh digunakan untuk membina kekayaan dengan menyimpan dan membantu masalah suka berbelanja dan boros.