top of page

Emas dan Syariah, Ilmu Tersurat dan Tersirat

Updated: Jun 22, 2021

Buku bacaan wajib sekiranya anda terlibat dalam menggunakan emas sebagai barang perhiasan atau simpanan.

Tajuk Buku : Emas dan Syariah, Ilmu Tersurat dan Tersirat

Bilangan Halaman : 237 muka surat

Penulis : Muhd Daud Bakar dan Khairul Anuar Basri Al-Hafiz

Harga Buku : RM20.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Beli di : https://pgmall.my/


"Pencerahan dalam buku ini akan memberi keyakinan kepada anda bahawa urus pematuhan syariah mengenai urusniaga emas pada zaman moden ini sudah siap sedia untuk dilaksanakan".

Chapter 1


Menurut penulis, buku ini ditulis kerana majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak mengetahui ilmu dan potensi emas secara menyeluruh serta bagaimana emas mampu boleh mnyebabkan mereka menjadi kaya raya. Selain itu juga, buku ini merungkai perdebatan yang sering berlaku di media-media sosial mengenai isu-isu pemilikan dan penangguhan jual beli emas. Setiap isu ini dikupas di dalam buku ini untuk mendapatkan pencerahan dengan lebih jelas. Pada zaman moden ini, pelbagai modus operandi digunakan manusia untuk berdagang dengan emas. Ada yang terus ke kedai, beli atas talian, beli secra pos dari dalam dan luar negara, serta pelbagai lagi bentuk yang melibatkan urusniaga emas. Dalam chapter 1 ini juga, penulis menyelitkan mengenai sejarah matawang, duit kertas yang tidak laku dan adakah menjadi kesalahan sekiranya anda menyimpan emas.


Chapter 2


Di dalam chapter ini pula, penulis memetik beberapa ayat-ayat Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad S.A.W mengenai emas. Ayat-ayat Al-Quran yang dipetik oleh penulis adalah; 1) Surah Ali Imran ayat 14 dan 91, 2) Surah At-Taubah ayat 34, 3) Surah Al-Kahfi ayat 31, 4) Surah Al-Haj ayat 23, 5) Surah Faatir ayat 33, 6) Surah Az-Zukhruf ayat 53 dan 71. Manakala hadith yang dipetik oleh penulis pula adalah Sahih Muslim hadith nombor 995, 1587, 1584 dan Sahih Bukhari hadith nombor 3642 dan 2312. Menurut penulis, emas adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Istilah kutu emas dan skim-skim cepat kaya emas seperti tidak dapat dipisahkan lagi. Malangnya saban tahun akan ada sahaja berita-berita membabitkan penipuan urusniaga emas di dada-dada akhbar.


Chapter 3


Chapter ini terbahagi kepada 2 bahagian penting iaitu 1) jual beli emas patuh syariah dan 2) jual beli emas dalam dunia moden. Situasi pada zaman moden ini, masyarakat semakin takut dan berhati-hati bimbang dengan aktiviti-aktiviti riba yang ada dalam urusniaga jual beli emas dan peluang pelaburan emas dalam pelbagai bentuk. Seolah-olah syariah menyekat dan menyempitkan laluan orang Islam untuk bermuamalah dengan emas. Syariah bukan sedemikian rupa. Banyak permasalahan jual beli emas tidak ditangani dengan dengan tepat kerana kebanyakkan bermula daripada hukum dan bukannya produk. Jika permasalahan syariah emas dimulakan dengan produk sedia ada dan diselarikan dengan hukum daripada aplikasi produk tersebut maka, akan terlihat jalan penyelesaiannya. Jika tiada fatwa khusus atau perbincangan serius, maka sudah tentu kita akan terikat dengan syarat ketat hukum jual beli emas. Akhirnya, urusniaga emas tidak akan berkembang selari dengan peredaran zaman.

Chapter 4


Dalam chapter ini hanya mengandungi 1 bab kecil iaitu sepintas lalu mengenai emas dalam syariah standard, AAOFI. AAOFI adalah singkatan bagi Accounting and Auditting Organization for Islamic Financial Institution dimana ia mrupakan sebuah badan yang mengeluarkan piawaian syariah di peringkat antarabangsa. AAOIFI telah bekerjasama dengan WGC (World Gold Council) untuk membangunkan piawaian syariah mengenai urusniaga emas di peringkat antarabangsa. Pencerahan dalam bab ini akan memberi keyakinan kepada anda bahawa urus pematuhan syariah mengenai urusniaga emas pada zaman moden ini sudah siap sedia untuk dilaksanakan. Keraguan dan kebimbangan anda akan terjawab kerana satu piawaian syariah telah disediakan di peringkat antarabangsa.



Chapter 5


Chapter ini merupakan tunjang kepada kepada buku ini. Ia mengandungi rukun membeli emas, belian emas secara tradisional, berstruktur, ansuran, akaun emas, trade-in, pre-order, dan belian emas secara pos. Akad jual beli merupakan perlambangan kerelaan dan keredhaan satu pihak unutk menjual dan satu pihak lagi membeli sesuatu barang. Ia boleh berlaku dalam apa jua bentuk sama ada pengucapan, tulisan, gerak badan atau apa sahaja yang boleh difahami sebagai satu bentuk persetujuan. Oleh itu jangan lagi disusahkan urusniaga jual beli emas dengan tafsiran akad yang tidak tepat. Kelak kita akan disusahkan dengan kejahilan minda syariah kita sendiri. 1 perkara yang penting untuk anda tahu, sekiranya mana-mana institusi kewangan menawarkan pelaburan emas tanpa bersandarkan pada emas fizikal, maka pelaburan berbentuk “paper gold” ini mempunyai masalah dari sudut kepatuhan syariahnya.


Chapter 6


Untuk chapeter ini pula, penulis mnerangkan mengenai sewaan emas, gadaian, kutu emasinovasi dalam penggunaan emas, skim cepat kaya emas dan zakat emas. Isu gadaian emas yang sering timbul adalah mengenai upah simpan. Dalam konteks ini, upah simpanan emas yang tidak berubah tanpa mengira jumlah pinjaman yang diberikan adalah tidak mengundang isu syariah. Isu mengenai kutu emas adalah mengenai unsur ketidakpastian pada harga emas yang dibeli kerana harga emas sentiasa berubah sedangkan bayaran kutu adalah tetap pada setiap bulan. Jadi akan ada manfaat dan mudarat yang dinikmati dan yang ditangggung oleh peserta-peserta disebabkan perubahan harga emas. Semak senarai hitam yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara bagi mengelakkan anda terperangkap dengan skim cepat kaya emas.


Chapter 7


Chapter terakhir ini adalah mengenai saranan penulis kepada para pembaca, latar belakang penulis dan 3 lampiran yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Malaysia, AAOIFI dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Menurut penulis, sekiranya wujud kaedah jual beli emas yang baru, urusniaga tersebut perlu dibincangkan dan dibukukan supaya khazanah ilmu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Pihak syarikat yang menjalankan urusniaga emas perlu melantik penasihat syariah yang berkualiti dan diiktiraf. Masayarakat Islam sepatutnya terlibat dalam semua aktiviti ekonomi, kewangan dan pelaburan yang patuh syariah. Apabila membaca latar belakang kedua-dua penulis ini, secara jujurnya anda akan merasa kedua-dua mereka layak untuk menulis buku ini. Dengan ilmu yang ada pada mereka, kepercayaan organisasi dari dalam dan luar negara amat membuka mata bahawa mereka bukanlah calang-calang orangnya.

bottom of page