top of page

Emas dan Hartanah

Updated: Sep 17, 2021

Sekitar 2006 sesiapa yang memiliki ilmu mengenai emas mereka tidak terbuka untuk berkongsi dengan orang ramai disebabkan beberapa faktor. Salah satu faktor yang menyebabkan mereka yang memiliki ilmu mengenai emas tidak berkongsi dengan orang awam adalah kerana ia merupakan rahsia kekayaan.



Tahukah anda sekiranya anda menyimpan duit atau wang dalam satu jangka masa yang panjang, nilai wang simpanan itu akan merosot? Ini adalah kerana nilai wang simpanan itu “dirompak” oleh sesuatu yang tidak kelihatan dengan mata kasar iaitu inflasi. Oleh yang demikian wang simpanan itu perlu dilaburkan. Sama ada hendak atau tidak itu adalah sesuatu kenyataan yang perlu diterima oleh setiap orang. Sekurang-kurangnya nilai wang simpanan itu apabila dilaburkan berupaya untuk melawan nilai inflasi.



Wang yang kita gunakan pada hari ini tidak disandarkan pada apa-apa nilai. Ia hanya disandarkan kepada kepercayaan. Sekiranya penduduk di dunia ini percaya pada mana-mana matawang negara-negara tertentu maka wang tersebut akan mempunyai nilai. Manakala sekiranya penduduk di dunia ini tidak lagi percaya pada mana-mana matawang negara-negara tertentu maka wang tersebut akan tidak akan mempunyai nilai. Contoh yang paling jelas yang berlaku adalah mengenai matawang pisang yang digunakan pada zaman pemerintahan Jepun di negara kita. Buat pengetahuan anda, matawang pisang diperkenalkan oleh Jepun sewaktu mentadbir negara kita. Apabila Jepun tidak lagi memerintah negara kita, maka matawang pisang itu tidak mempunyai lagi mempunyai nilai walaupun ada individu memiliki lebih dari satu guni wang tersebut.

Antara tools atau intrumen terbaik untuk melindungi nilai simpanan daripada dirompak oleh inflasi adalah hard asset. Contoh hard asset adalah seperti emas, perak dan hartanah. Cuma masalahnya disini adalah hard asset seperti tanah dan rumah harganya pada ketika ini terlalu mahal dan tinggi modalnya untuk sebahagian besar rakyat Malaysia. Berbeza dengan emas dan perak, di mana modal permulaannya jauh lebih rendah. Emas dan perak boleh dimiliki dengan bajet yang jauh lebih kecil. Emas dan perak merupakan alternatif untuk sebahagian besar rakyat Malaysia untuk memiliki hard asset. Tambahan pula dengan menggunakan teknik yang tepat emas dan perak mampu membantu anda untuk memiliki aset hartanah dan rumah dengan lebih cepat.




bottom of page