Biz Malaysia "Unjuran Setahun"

Updated: Jun 22, 2021

Biz Malaysia Edisi 5 Januari 2021 bersama Tuan Shamsuddin Kadir


KENAPA PERLU BUAT PERANCANGAN KEWANGAN?

1) Mengelakkan terbeli barang-barang yang (a) tidak perlu perlu (b) berulang-ulang kali

2) Mengelakkan berlakunya tunggakkan komitmen bulanan rumah dan kereta

3) Untuk tahu situasi kewangan. Bila tahu situasi kewangan boleh usaha untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.


Dapatan kajian daripada Bank Negara menunjukkan 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mempunyai seribu ringgit untuk tujuan kecemasan. Kajian ini membuktikan kegagalan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN.

1) Melihat pada kos sara hidup

Pinjaman pembiayaan perlu dilihat pada keperluan. Maksimum penggunaan kereta untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak kecil adalah 2 buah kereta. 1 family car + 1 compact car.


Kesilapan yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah dengan mengambil pinjaman pembiayaan kereta semaksima mungkin.


Tips untuk mengambil pinjaman pembiayaan kereta adalah tidak melebihi daripada 5 tahun. Sekiranya telah mengambil tempoh pinjaman selama 9 tahun, cuba untuk lunaskan dengan kadar yang lebih segera dengan membina lebih banyak tabungan.


2) Cara perbelanjaan isi rumah.

Buat senarai keperluan barangan di rumah sebelum ke pasaraya. Elakkan membuat senarai barang keperluan di pasaraya.


Jangan berbelanja lebih daripada 70% daripada duit gaji. Buat 1 senarai bagi melihat perbelanjaan kita sudah melebihi had atau pun tidak. Perbelanjaan yang perlu dimasukkan dalam senarai adalah seperti (cukai jalan + insurans dibahagikan dengan 12 bulan, tayar kereta di bahagi 24 bulan, kos kelengkapan perayaan di bahagi 12 bulan)


3) Platform yang membantu rakyat Malaysia untuk menabung

Inflasi merupakan pencuri senyap. Perlu cari tabung yang mempunyai sifat pelaburan supaya dividen atau Return of Investment (ROI) berupaya membantu meringankan beban pembayaran cukai jalan, insurans dan lain-lain

a) ASB

b) Tabung Haji

c) Emas

RULE OF THUMB TABUNG KECEMASAN

Perlu ada sekurang-kurangnya 6 bulan kos sara hidup. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada pasaran kerja setiap individu. Sekiranya cepat untuk memperoleh kerja semula, cukup sekadar 6 bulan. Tetapi sekiranya pekerjaan yang memerlukan tempoh yang lebih lama untuk dicari, maka perlu ada tabung yang mampu untuk menyara kos sara hidup sepanjang tempoh mencari kerja tersebut.


BENTUK PELABURAN YANG PERLU DILIHAT RAKYAT MALAYSIA

Perlu ada 5 jenis kepala paip yang berbeza dan perlu berhati-hati dengan pelaburan yang menawarkan ROI yang bersifat tetap.

1) ASB

2) Tabung Haji

3) Unit Trust (perlu ada ilmu untuk melihat pada risiko pelaburan)

4) Koperasi (perlu buat pilihan)

5) Emas (bagi membantu membeli rumah)

6) Rumah (menjana pendapatan melalui sewaan)


Pelaburan emas merupakan pelaburan yang unik untuk diteroka kerana:

1) Berupaya membuat penyimpannya ketagih

2) Boleh bermula dengan seratus ringgit

3) Menghalang penyimpannya dari terbeli barang-barang yang (a) tidak perlu perlu (b) berulang-ulang kali



TIPS DISIPLIN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

Sama ada kereta mewah, sederhana dan kos rendah masing-masing dilengkap dengan brake. Begitu juga dengan perbelanjaan, tidak kira sama ada bergaji tinggi, sederhana atau rendah. Perlu ada brake ketika berbelanja.


TABIAT YANG PERLU DIKIKIS UNTUK TAHUN 2021

1)Masak dirumah berdasarkan kepada kuantiti permintaan

2) Gunakan kad debit atau tunai sahaja. Elakkan menggunakan kad kredit kerana besar kemungkinan perbelanjaan lebih daripada 17% daripada sepatutnya.

3) Elakkan pinjaman pembiayaan selain daripada rumah dan kereta.