Bersediakah untuk 2021? - Dari Sudut Kewangan

Updated: Jun 22, 2021

Program WHI mengundang Tuan Shamsuddin Kadir sebagai tetamu undangan.


BUKAN ISU TIADA DUIT.

Perbelanjaan perlu ada brake baru anda boleh menyimpan. Ramai orang tidak tahu menggunakan brake tersebut dan lebih malang lagi brake itu seperti tidak berfungsi. Kena belajar bagaimana nak menggunakan brake tersebut. Contoh penggunaan brake perbelanjaan yang berkesan: 70% digunakan untuk perbelanjaan harian dan komitment bulanan 30% pula dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 1) masa depan dan 2) rainy days (kecemasan)

MENYIMPAN ATAU MELABUR

Untuk zaman moden yang serba mencabar ini, meyimpan sahaja adalah sesuatu yang tidak lagi relevan untuk diteruskan. Sebagai contoh, pada tahun 1960 dengan hanya tiga ratus ringgit anda mampu membeli tanah kebun. Pada zaman sekarang pula, lot kubur sahaja sudah bernilai dua ratus lima puluh ringgit. Pada tahun yang sama dengan lima ribu ringgit anda mampu membeli 1 kilogram emas, kini harga emas yang sama bernilai hampir dua ratus enam puluh lima ribu ringgit.


Anda perlu memilih tabungan yang mempunyai sifat pelaburan. Tabungan yang mempunyai sifat pelaburan mampu untuk mengembangkan nilai simpanan.



PESANAN KHAS UNTUK KAUM WANITA

Suami anda hanya sebagai satu pinjaman, sampai masa di ambit semula oleh Allah S.WT. Tidak sampai masa di ambil oleh wanita lain. Orang perempuan perlu membeli sebuah rumah atas nama sendiri.


9 JENIS TABUNG YANG ANDA PERLU USAHAKAN

ASB1, ASB2, Emas, Unit Trust, Private Retirement Scheme (PRS), Rumah, Tanah Kebun, Saham, Pilih Warna Duit Simpanan (sama ada hijau, merah, oren dan sebagainya)


SIMPANAN ITU PENTING

Tingkatkan penggunaan brake anda. Bom jangka ada pada setiap orang. Bina 5 jenis dana yang yang berupaya untuk memberi pulangan yang berbeza. Jangan mengambil kira sama ada pendapatan anda sedikit atau banyak. Sediakan payung sebelum hujan.