Berapa Harga Ayam Yang Di Beli P.Ramlee, Ajis dan Sudin?

Updated: Oct 1, 2021

Salah satu babak dalam filem Allahyarham P. Ramlee yang popular


Dalam filem apakah babak P. Ramlee, Sudin dan Ajis membeli ayam ini?
Berapa berat timbangan dan harga ayam tersebut pada ketika itu?

Saya jawab soalan yang kedua tu ya. Soalan yang pertama tu mungkin yangramai tahu jawapannya. Okay, berat seekor ayam hidup yang dibeli oleh P Ramlee, Sudin dan Ajis tu adalah 2 kati dengan harga RM3.00. Jadi mereka bayar seorang seringgit untuk ayam tersebut.


2 kati berapa kilogram?

1 kati lebih kurang 600g. Jadi 2 kati bersamaan dengan 1200 gram atau 1.2 kilogram. Berbalik semula pada harga ayam. Ini bermakna 1.2 kilogram adalah RM3.00.


Berapa harga ayam hari ini?

Boleh rujuk laman web di bawah untuk harga ayam 2020

http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/2951


Harga ayam hidup yang perlu dibeli dengan harga borong sepanjang tahun 2020 terendah adalah tiga ringgit tujuh puluh sen dan tertinggi enam ringgit lapan puluh sen sekilogram. Justeru itu, purata harga ayam untuk tahun 2020 adalah lima ringgit tiga puluh tujuh sen.


Berapa harga ayam yang dibeli oleh P.Ramlee, Sudin dan Ajis pada hari ini?

Saya akan ambil harga ayam hidup. Sebab mereka pun beli ayam hidup. Walaupun amat jarang rakyat Malaysia pada hari ini membeli ayam hidup. Selepas dikira-kira menggunakan kalkulator, harga ayam 2 kati / 1.2kg dibeli pada hari ini adalah RM6.44


Pada tahun 1957 harga ayam seberat 1.2 kilogram adalah RM3.00

Pada tahun 2020 harga ayam seberat 1.2 kilogram adalah RM6.44


Boleh nampak apa yang saya lihat?

Duit semakin hilang kuasa membelinya. Kita perlukan lebih banyak duit untuk membeli barang keperluan yang sama.


Boleh anda bayangkan berapa harga yang perlu dibayar untuk seekor ayam berat yang sama untuk 10 atau 20 tahun akan datang?

Pengajarannya disini adalah kita perlu menyimpan emas untuk melindungi nilai wang yang semakin susut akibat dari malapetaka yang tidak dapat dilihat iaitu inflasi