top of page

Bagaimana Bermula Sebagai Penyimpan dan Pelabur Emas

Updated: Sep 17, 2021

Ini merupakan indikator-indikator bagi mereka yang baru terbuka hati untuk menceburkan diri dalam simpanan dan pelaburan emas


DAPATKAN ILMU HEAD-KNOWLEDGE

Ilmu mengenai emas ini tidak diajarkan di mana-mana institusi-institusi pendidikan baik di sekolah rendah mahu pun menengah, kolej dan universiti. Selain daripada itu, tiada penawaran kursus mengenai emas sebagai simpanan dan pelaburan di institut pengajian tinggi. Seorang pakar kewangan di Malaysia Tuan Azizi Ali menyarankan anda perlu membaca sekurang-kurang 10 buah buku mengenai pelaburan yang ingin anda ceburi. Dengan memiliki ilmu yang banyak mengenai sesuatu pelaburan maka anda akan menjadi pelabur yang lebih baik dan membuat keputusan dengan lebih baik di samping dapat mengelakkan dari tersalah langkah.

Saya telah menyediakan ulasan buku-buku yang telah saya habiskan pembacaannya sebagai head-knowledge yang perlu saya dapatkan. Saya juga bermula dengan zero knowledge mengenai emas. Sekiranya anda tidak mempunyai idea buku apa yang perlu anda baca sebagai permulaan atau anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca buku. Anda boleh klik link https://www.aidiliman.com/blog/categories/ulasan-buku untuk membaca ulasan atau ringkasan buku-buku tersebut.



TINDAKAN YANG PERTAMA START SMALL

Dalam pelaburan dan simpanan emas ni, anda perlu mengambil tindakan yang pertama iaitu melangkah dengan berhati-hati. Mulakan pelaburan dan simpanan dalam kuantiti yang kecil. Mulakan dengan nilai terkecil seperti RM100, 1 gram, dan 1 Dinar. Langkah pertama ini penting untuk mendapatkan kenikmatan atau feel. Nikmati kepelbagaian keadaan semasa membeli emas seperti membeli emas pada harga rendah, membeli emas pada harga sedang menaik dan membeli emas pada harga puncak. Start small ini juga merupakan sesuatu yang subjektif kerana ia bergantung kepada kemampuan dan keupayaan kewangan pada setiap individu di mana setiap individu mempunyai kemampuan dan keupayaan kewangan yang berbeza.



KONSISTEN

Perkara yang terbaik dalam setiap pelaburan adalah konsisten. Konsisten ini perlu untuk 2 perkara iaitu, yang pertama menambah nilai pelaburan dan kedua adalah mendisiplinkan diri. Apabila nilai pelaburan anda meningkat dan anda berjaya mendisiplinkan diri maka ini merupakan tanda bahawa anda sudah bersedia untuk ke melakukan langkahan seterusnya.



MELABUR BESAR

Invest big to profit bid. Di mana ia membawa maksud anda perlu melakukan pelaburan yang besar untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Contoh mudah dalam simpanan dan pelaburan emas ini adalah sekiranya anda membeli 1 gram dan berlaku kenaikan harga emas sebnayak RM100, maka anda akan untung sebanyak RM100. Sekiranya anda membeli 1000 gram dan berlaku kenaikan harga emas yang sama, maka keuntungan anda akan menjadi 1000 kali ganda. Dengan kata mudahnya, anda sudah untung RM100 000.


MATLAMAT YANG JELAS

Dalam setiap pelaburan yang anda ceburi, anda perlu memiliki matlamat yang jelas. Antara matlamat-matlamat yang boleh digunapakai adalah seperti tabung persaraan, dana membeli rumah atau dana pendidikan anak-anak. Setiap pelaburan perlu ada pengakhiran yang jelas di mana ia ditetapkan oleh setiap pelabur. Penutup atau pengakhiran pelaburan ini perlu ada bagi mengelakkan anda berasa ragu-ragu untuk menjualkan semula simpanan dan pelaburan emas anda bagi mencapai matlamat tersebut. Rata-rata pakar kewangan menyarankan supaya anda menjual semula simpanan dan pelaburan emas anda untuk mendapatkan hard asset yang lain iaitu hartanah.

bottom of page