Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold
Updated: Sep 17, 2021
Dengan permulaan hanya RM100 atau 1 gram emas (kadar emas semasa), Public Gold secara tidak lansung membantu orang ramai untuk memiliki emas dalam bentuk jongkong dan dinar.

Gold Accumulation Program atau lebih dikenali sebagai GAP merupakan inisiatif daripada Public Gold dalam memudahkan orang ramai dalam menjadikan emas sebagai satu portfolio simpanan.
Program patuh syariah ini disokong 100% oleh emas fizikal. Para pelanggan boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong dan dinar emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.
Ia merupakan kaedah pemilikan emas fizikal terbaik dan terbukti berkesan dalam aspek pengurusan kewangan untuk para pelanggan.
Ciri-ciri & Kelebihan:
Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K)
Pembelian minimum RM100 atau di dalam gandaan RM50 atau pun 1 gram
Pembelian kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
Tiada yuran simpanan
Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
Proses pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
Diaudit oleh juruaudit bebas
Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
