5 ASAS SEBELUM MEMBELI EMAS

Secara asasnya, ada tiga pilihan utama sekiranya ingin membeli emas. Yang pertama emas fizikal contohnya seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas. Yang keduanya adalah emas kertas atau lebih dikenali sebagai paper gold. Contohnya adalah seperti saham syarikat emas dan emas digital. Dimana paper gold ini hanya terpapar di atas buku akaun atau laman web. Seterusnya yang terakhir adalah emas perantaraan di mana sifat emasnya adalah paper gold dan fizikal gold. Bermakna emas kertas yang boleh dikeluarkan menjadi emas fizikal.

Di Malaysia pada hari ini, yang meneyebabkan orang ramai tidak faham mengenai simpanan dan pelaburan emas adalah lambakan tempat dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Antaranya adalah bank, syarikat swasta, bursa saham, kedai emas, aplikasi-aplikasi smartphone dan provider-provider emas digital.

Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu lihat beberapa kriteria terlebih dahulu sebelum menceburi simpanan dan pelaburan emas ini. Asasnya ada lima kriteria yang perlu kita tengok terlebih dahulu.


Patuh Syariah

Kriteria pertama dan paling mudahnya, sebagai pengguna muslim adalah menjadi kewajipan kita untuk mencari sesuatu pelaburan yang mematuhi hukum syarak. Amat rugilah kita di dunia dan juga di akhirat sekiranya terlibat dengan sesuatu simpanan dan pelaburan yang tidak mematuhi piawaian Islam.


Stok Tidak Terhad

Selepas dilihat kriteria patuh syariahnya, kriteria yang perlu dilihat adalah stok emas syarikat tersebut adalah tidak terhad dan stabil. Dengan kata mudahnya stok yang banyak. Apabila kita terlibat dengan simpanan dan pelaburan yang melibatkan emas fizikal kita tidak mahu berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pihak syarikat gagal membekalkan emas kepada para pelanggan. Cari syarikat menjual emas yang mempunyai kilang emas sendiri dan sekiranya emas yang dijual adalah syarikat emas luar negara pastikan ia mempunyai reputasi dan ada akreditasi dari pihak piawaian emas antarabangsa.

Public Gold mempunyai 2 sumber untuk mendapatkan emas yang dijual kepada para pelanggan. Yang pertama Public Gold mempunyai kilang emas di Pulau Pinang dan yang kedua adalah dari Nadir Metal Rafineri, Turkey. Kedua-dua sumber ini mempunyai akreditasi dari assayer iaitu penentu tulen emas masing-masing


Cawangan Di Seluruh Negara

Kriteria yang kedua tidak berguna kepada mana-mana syarikat sekiranya ianya tidak disusuli dengan kriteria ketiga iaitu mempunyai cawangan di seluruh negara.

Tiada gunanya sekiranya sebuah syarikat yang menjual emas mempunyai stok yang banyak tetapi tidak mempunyai banyak cawangan kerana ia akan menyukarkan urusan para pelanggan untuk mengambil emas mereka. Public Gold mempunyai 16 cawangan, 3 di Lembah Klang dan masing-masing 1 cawangan di setiap negeri (kecuali Perlis).


Sistem Pembelian Online 24/7

Sistem pembelian secara atas talian pada zaman kini merupakan satu keperluan bagi syarikat yang menjual jongkong emas dan syiling emas. Seperti mana yang kita ketahui emas merupakan logam berharga yang didagangkan di seluruh dunia. Oleh kerana itu, harga dagangan emas dunia, spot price berubah hampir setiap saat. Ada kalanya turun ada kalanya naik.

Sekiranya berlaku penurunan harga dagangan emas dunia di luar waktu pejabat. Contohnya, berlaku penurunan harga pada jam 11:00 malam, para pelanggan akan mencari syarikat menjual emas yang mempunyai sistem pembelian pada bila-bila masa bagi memaksimumkan keuntungan. Setuju? Di Public Gold, harga jongkong emas dan syiling emas dikemaskini setiap 20 minit. Manakala untuk akaun simpanannya pula, GAP dikemaskini setiap 24 jam. Dimana ia akan dikemaskini pada setiap 12:00 tengah malam. Kedua-dua pengemaskinian ini bergantung dan tertakluk kepada harga dagangan emas dunia, spot price.


Paparan Harga Jual Beli Jelas

Kriteria yang kelima ini bersangkut paut dengan kriteria yang keempat. Syarikat yang kerap mengemaskini harga jual dan beli mesti akan mempunyai paparan harga yang jelas dan syarikat yang tidak kerap membuat pengemaskinian harga jual beli tidak mempunyai paparan harga yang jelas. Cuba buat semakan. Syarikat yang menjual emas terutamanya menjual jongkong dan syiling emas sepatutnya mempunyai paparan harga jual dan beli dengan jelas selain harga tersebut kerap dikemaskini. Selain daripada itu juga, buat semakan sekiranya mempunyai caj-caj tersembunyi. Kadang-kala ada syarikat yang memaparkan harga yang murah tetapi apabila ditambah dengan caj-caj lain ianya lebih mahal berbanding syarikat lain. Maka berhati-hatilah. Public Gold memaparkan harga jual beli emasnya dengan jelas di laman web. Public Gold turut memaparkan caj-caj yang dikenakan kepada bakal para pelanggan. Di samping menawarkan caj bagi penghantaran berinsurans yang amat berpatutan untuk para pelanggan.